Gadoh (2009)

Gadoh (2009)

Sekarang ramai orang sibuk memperkatakan film ROH berjaya masuk ke pasaran global, kerana lakonan saudara Nam Ron yg membawa kesan sangat mendalam, rupanya Nam Ron juga pernah membintangi sebuah filem bertajuk Gadoh mungkin ramai tidak tahu dengan kehadirannya.
Gadoh merupakan sebuah filem yang dihasilkan oleh Pusat Komas iaitu sebuah badan hak asasi manusia di Malaysia pada tahun 2009.
 
Cerita filem ini berkisah tentang konflik yang berlaku antara pelbagai kaum dalam sebuah sekolah menengah.
Untuk mengembalikan reputasi sokolah tersebut, seorang cikgu yan bernama Ann telah menjemput seorang ahli seni pentas yang bernama Azman untuk mengubahkan persepsi negative antara pelajar tersebut melalui latihan drama.


Mengikut penerbit serta watak utama dalam filem ini iaitu Namron, beliau berkata asal usul untuk membuat filem ini atas sebab pengalaman zaman sekolahnya yang tidak begitu harmoni antara pelbagai kaum.
 
Malahan dalam sistem Pendidikan formal amat kurangnya ruangan untuk pelajar pelbagai kaum untuk berinteraksi dan berkenalan antara satu sama lain tanpa mengira status bangsa atau agamanya.
 
Oleh itu, beliau berkerjasama dengan pengarah filem iaitu Brenda Danker untuk memperbincangkan isu sensitif melalui cara seni dengan harapan agar dapat memperjelaskan sentime stereotaip yang berlaku dalam kehidupan harian.
 
 
Kisah bermula dengan pertengkahan yang berlaku antara Kalil (Zahiril Adzim) yang mengetui pelajar melayu dan Ah Heng (Nicholas Liew Davis ) yang mengetuai pelajar Cina dalam sebuah sekolah.
 
Pengetua Mr Chua telah menerima pendapat Cikgu Ann (Maya Arissa Tan Abdullah) untuk membenarkan palajar yang terlibat menerima latihan pentas drama sebagai gantian hukuman.
 
 
Ann menjemput rakan universitinya Azman (Namron) untuk menjadi pelatih kepada kumpulan pelajar tersebut, dengan niat supaya Azman dapat menyelesaikan masalah perkauman antara pelajar dengan caranya.
 
 
Selain pelajar yang terlibat diwajibkan menyertai kelas drama tersebut, Raj yang sentiasa dibuli dan juga Linda yang tidak suka akan sistem pembelajaran sekolah juga menyertai kelas tersebut.
 
Pada pemulaannya, para pelajar tidak mempercayai terhadap Azman namun sekian hari mereka mencapai persefahaman antara satu sama lain.
 
Pelajar dalam kelas drama telah dapat menyingkirnya tanggapan negative dan diskriminasi mereka terhadap kaum lain dan Azman juga memikirkan kehidupan beliau pada masa depan dalam proses tersebut.
 
**************
Salute untuk tuan direktor filem ni: Namron / Brenda Danker
Movie Info:
Duration: 70 mins
Director: Brenda Danker, Namron
Producer: Anna Har
Production Company: Big Pictures Productions
Supported by Pusat KOMAS
Starring: Namron, Nicholas Liew Davis, Zahiril Adzim, Amerul Affendi and Maya Tan Abdullah
**************
Jom layan movie ni di sini gais
☺☺☺
 

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top