Kemas! Bagi aku filem Korea ini disusun dengan teratur. Walaupun berlainan cerita namun kesemua cerita itu bagaikan berada di satu tali dan berkait kesemuanya sampailah disimpulkan di hujung. Pada mulanya, aku ingatkan macam drama Strangers From Hell, rupanya tidak.
Filem ini mengisahkan seorang kartunis yang ingin mencari “idea” tentang komik seramnya (klise sangat konsep ni๐). Jadi, dia pun pergilah ke kawasan apartmen ni untuk dapatkan cerita daripada orang di situ. Maka, ini 5 kisah yang dia peroleh. Oh ya, tajuk ni aku reka sendiri ya. ๐
- Sang penulis terkemuka
- Sang Penyondol
- Ejen hartanah kesunyian
- Siswa menumpang
- Perompak tua
Antara kesemua cerita tu, aku paling suka cerita kedua dan keempat. Lagi-lagi yang nombor empat tu. Aiyooooooo.. Oh ya, dari segi keseraman, aku cuma terkejut sekali je, tu pun waktu hujung-hujung! Selebihnya elemen seram dalam filem ni tetap dapat dijangka namun masih lagi berbaloi untuk ditonton seperti filem The Mortuary Collection (2020). Maka, kalian yang jenis takut seram tu, bolehlah tonton filem ini!
Sekian, terima kasih.
reviewfikrifiq
Sumber imej: IMDB
Be the first to leave a review.