Dalam perjalanan pulang dari sekolah, Elizabeth ‘Lizzy’ Shoaf telah ditegur oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis. Kononnya, dia hendak menangkap Lizzy dan kawan-kawannya dengan dakwaan mengambil marijuana.
Lizzy digari, lehernya diikat dengan sesuatu didakwa sebagai bom, dan dibawa masuk ke satu hutan kecil tidak jauh dari kawasan rumahnya…dia dipaksa untuk masuk ke dalam sebuah bunker bawah tanah. Sudah terlewat untuk Lizzy mengetahui yang dia sebenarnya telah diculik.
Madeline membuat laporan polis, setelah Lizzy tidak pulang dirumah pada waktu yang sepatutnya. Dah polis ni pun, dikatakan Lizzy mungkin lari dari rumah kerana ikut teman lelaki atau merajuk, kerana kebetulan pagi sebelum tu Lizzy ada bertekak dengan ibunya. Kemudian polis keluarkan teori lain pula, bila teman lelakinya Case ditahan dengan tuduhan memiliki marijuana & Lizzy lari kerana takut. Bila dah tiba hari ke2, Lizzy hilang…barulah polis mengambil tindakan dengan melakukan pencarian khusus di seluruh kawasan.
Manakala di bawah bunker, Lizzy telah dirantai dan diberi amaran untuk tidak melarikan diri. Keadaan didalamnya cukup lengkap dengan dapur, tandas, dan bilik mandi…rupanya si psikopat ni memang dah lama duduk disini. Sekeliling bunker telah dipasang jerangkap samar dan bom. Lizzy dijadikan pemuas nafsu oleh lelaki jahanam itu.
Pada hari ke 5, keluarganya memohon pihak polis untuk menggunakan pendekatan Amber Alert. Tetapi tidak dibenarkan kerana tiada tanda-tanda atau bukti penculikan. Setelah pencarian dibuat disekitar daerah dan tiada sebarang perkembangan kes, polis memutuskan untuk menghentikan pencarian pada hari ke 7.
Pada hari ke 8, satu mesej diterima dari Madeline kononnya dari Lizzy. Masa babak ni, memang rasa nak naik angin juga – cacamerba betul polis ni buat kerja. Lega bila Sheriff Thompson ambil alih kes, barulah kes ini ada perkembangan…
Berdasarkan pada kisah benar yang berlaku, si pelaku Vincent Fillow akhirnya berjaya ditangkap polis dan dijatuhkan hukuman. Sedih filem ni, bayangkan kalau kita berada di tempat pasangan Shoaf yang bertungkus lumus mencari anak mereka. Sama sedihnya waktu makcik menonton filem The Lovely Bone…
Be the first to leave a review.