GOOD CASTING (2020)

GOOD CASTING (2020)

(16 episod)

Jom layan genre Penyiasatan ala² Spy Charlies Angel/James Bond pula, dengan gabungan genre komedi, romantik dan aksi-aksi thriller.

Mengisahkan 3 orang wanita yang merupakan ejen NIS. Mereka bertiga ini diberi misi untuk menyamar dan menangkap seorang penjenayah yang paling dikehendaki di Korea.

SIAPAKAH 3 WANITA HEBAT ITU?

– Baek Chan Mi 42 tahun (Choi Kang Hee) menyamar sebagai Setiausaha. Dia mempunyai kisah kelam bersama NIS sebelum ini dimana dia telah menyebabkan rakan sekerjanya terbunuh ketika menjalankan misi yang sama. Dia juga dikenali sebagai seorang ejen (Black Op) yang pernah disegani, senang cite keperibadian dia ni memang hebat dan dashyat!

– Hwang Ming So 48 tahun (Kim Ji Young) menyamar sebagai “lady cleaner” yang juga dahulunya dikenali sebagai salah satu ejen yang terkenal, kini menjadi suri rumahtangga.

– Im Ye Eun 36 tahun (Yoo In Young) menyamar sebagai pekerja intern. Dia adalah seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak. Merupakan ejen yang termuda tapi dia hanya bekerja dibelakang tabir dan kepakaran dia dalam bidang IT. Untuk menjayakan misi ini, dia telah diserap dan bergabung dengan team member lain.

Walaupun drama ini mempunyai plot dan storyline yang serius terutama semasa mereka memberi tumpuan dalam penyiasatan, tapi sebab ada unsur komedi..mampu membuat kita gelak tak kering gusi!

Dah la mereka ni selalu kurang persefahaman, masing² dengan perangai gila-gila sendiri.  Sepanjang drama ini, tidak membosankan langsung! Ditambah dengan aksi² lawan yang dari ketiga wanita ini, memang INTENSE dalam masa yang sama MENGHIBURKAN!

 

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top