Goodbye Christopher Robin (2017)

Goodbye Christopher Robin (2017)

(Drama, Base on True Story)

Korang kenal tak watak teddy bear Winnie-the-Pooh, inilah movie mengesahkan asal-usul nya.

Pada 1941 Alan Alexander Milne – dipanggil gelaran “Blue” oleh kawan dan keluarga, Daphne isterinya telah menerima telegram menyedihkan membuat mengimbau semula kisah mudanya bermula pada tahun 1916, Blue adalah seorang bekas tentera telah terlibat dalam pertempuran di Somme di Prancis, beliau bersama isterinya menyambung kehidupan di England dan mengalami trauma dan ketakutan akibat daripada yg dialaminya sepanjang peperangan.

Beliau dan Daphne telah dikurniakan seorang anak lelaki yg comel, namun selepas kelahiran anaknya itu Daphne mengalami trauma dengan proses kelahiran anaknya, dia mengharapkan anak yang dilahirkan adalah anak perempuan, dia takut dan kecewa jika melahirkan anak lelaki, anaknya bakal mengikuti jejak suaminya menjadi seorang askar berkhidmat untuk negara.

Christopher Robin Milne diberi nama kepada anaknya, “Billy Moon” nama timangannya, keluarga ini telah gajikan seorang pengasuh tukang gaji bernama Olive, Billy gelarkannya Nou, di dalam sesi pengambilan pekerja, telah berkata Daphne, “ramai lelaki pergi berperang dalam masa yang sama ramai perempuan tidak berkahwin”.

Blue kini menjadi seorang penulis, namun dia tidak dapat menulis dengan baik, dia ingin menyambung menulis mengenai kisah peperangan yg dialaminya, namun dia bertekad membawa keluarganya berpindah di kawasan terpencil, kawasan penuh dengan hutan-hutan dan tumbuhan, selepas beberapa ketika di tempat baru, isterinya Daphne berasa marah kepada Blue walaupon sudah berpindah masih tak menulis sebarang artikal, ini membuatkan isterinya merajuk balik ke London untuk beberapa tempoh waktu, selang beberapa ketika, Olive menerima berita kematian ibunya dan terpaksa pulang ke kampung beberapa waktu menziarahi keluarganya, tinggalah Blue dan Billy tiada siapa yg boleh membantu mereka berdua.

Sepeninggalan mereka berdua Blue rutin membawa Billy berjalan-jalan ke hutan, mereka bermain, dan bermula dengan kisah pengembaraan budak lelaki bersama anak patung yg diberikan oleh ibu dan ayahnya.

Blue ada seorang kawan sangat rapat bekas tentera dan juga pandai melukis bernama Ernest, dia telah menjemput Ernest datang ke rumah bersama untuk mencipta dan menghasilkan buku Winnie-the-Pooh, Blue, Billy dan Ernest bersama-sama berjalan masuk ke hutan membuat aktiviti bersama, si Billy kerap memegang dan membawa patung anak beruang yg diberikan ibunya ke mana sahaja, si Ernest memerhatikan nya dan ditanganya ada pensil dan buku lukisan dilukisnya, Billy panjat pokok dilukisnya, Billy duduk bersahaja dilukisnya, sehingga penuh lukisan satu buku ditunjukkan kepada Blue, Ernest membuat satu puisi diberikan kepada Blue, puisi itu telah sampai kepada isterinya Daphne telah menyebabkan dia pulang kembali ke pangkuan suaminya, Blue dan Billy berasa gembira, dengan kehadiran seorang isteri dan seorang ibu. Dalam kegembiraan itu dalam masa yang sama Nou juga pulang dari kampungnya, menjalankan kewajipan sebagai pembantu dan mendidik Billy.

Buku yang dihasilkan oleh Blue telah mendapat sambutan luarbiasa, ramai pembaca suka dengan hasil tulisannya sehingga menyebab keluarga Blue menjadi viral satu England, wartawan, pemberita, penyiar tv mencari-cari berita tentang mereka hal ini menjadi perkara kurang disenangi oleh Nou, pernah di hutan Nou dan Billy disapa oleh orang asing, untuk bertanyakan khabar dan berita, tetapi Nou tidak suka Billy dilayan sebegitu lalu menarik tangan Billy pulang ke rumah.

Keluarga ini sudah menjadi terkenal buku-buku mengenai Christopher Robin dan Winnie-the-Pooh laku keras sold out macam buku Harry Porter, hal ini berlaku bukan sahaja di England malah telah tersebar ke Amerika Syarikat, Billy kerap diwawancara oleh wartawan, sebagai seorang kanak-kanak dia tak suka orang gelarkan dirinta Christopher Robin, kenapa orang panggil dia Christopher Robin, dia adalah Billy, jadual Billy kini sudah semakin ketat, setiap hari ada je program-program yg perlu dihadirinya, ada wawancara, ada panggilan telefon, menyebabkan hidupnya terbatas sebagai seorang kanak-kanak, hanya Nou sahaja hanya disampinya manakala Blue dan Daphne sibuk dengan aktiviti promosi buku dan aktviti sosial mereka.

Ada lagi sambungan cita ni memang dramatik, kenapa tajuk cita ni Goodbye Christopher Robin, pelakon cita ni pon memang star.

ps: Korang layan lah cita ni, memang best, gambar shooing frame cenema photography dia memang A++,

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top