Tengah bosan-bosan skrol Netflix taktau nak tengok cerita apa, aku klik lah cerita ni. Hmm boleh tahan. Psiko + suspens memang lauk aku lah.
1. Kisahnya Frances, seorang gadis comel yang duduk di bandar dengan bespren dia Erica.
2. Frances ni gadis biasa yang kerja sebagai waiter kat restoran. Tapi dia tengah bersedih sebab mak dia baru meninggal setahun yang lalu.
3. Satu hari tu dia balik kerja naik train, terjumpa satu beg tangan hijau. Dia pun ambil lah nak pulangkan. Tapi kaunter lost&found tu macam dah tutup.
4. Takpelah esok tu dia pulangkan kat tuan beg tu sendiri. Dia pergi rumah terus. Nama tuan beg tu ialah Greta.
5. Greta ni nampak ok je. Sampailah satu malam tu, Frances ni makan malam kat rumah Greta kan, Frances nak cari lilin dalam laci.
6. Tengah-tengah cari lilin tu kan, Frances jumpa beg hijau sama macam yang dia jumpa dulu. Banyak pulak tu ! Ah sudah
7. Lain macam dah ni
8. Frances mula jauhkan diri dari Greta. Tapi masalahnya Greta ni jenis melekat weh. Ketegaq bijik.
9. Hidup Frances mula jadi kucar-kacir. Siapa Greta ni dan apa yang dia nak dari Frances ni sebenarnya? Korang tengok sendiri lah.
10. Cerita ni fast-paced jadi korang tak sempat nak berasa bosan. Itu yang bagus. Zaman sekarang orang dah malas la nak tunggu lama-lama untuk rasa bahang cerita. Ringan je tangan ni nak klik ‘next’.
11. Kecuali genre drama sebab slow tu berguna untuk bina perasaan penonton. (Done palatao).
12. Ok kembali pada ulasan cerita ni, aku rasa kagum dengan kebijaksanaan yang dipaparkan oleh Frances. Segala apa yang dia buat untuk perambat Greta tu semua praktikal.
13. Frances cepat berfikir dan tinggi empati. Kita sendiri pun tak terfikir nak kisah pasal anjing yang Greta adopt di pusat haiwan tu.
14. Dan pengakhiran cerita ni jugak diselamatkan oleh kebijaksanaan.
15. Babak berdarah ada lah satu dan dua bingkai. Tapi itu saja. Takda babak dewasa dan sebagainya. Jadi boleh lah korang tengok dengan keluarga sambil berpesan pada anak-anak “jangan mudah percaya pada orang!”
16. Sejam setengah je. Sangat direkemen untuk buat stok suspens geli-geli.
ps: ada siapa rasa geram dengan watak antagonis dalam cita ni gaiiss???
Be the first to leave a review.