Gunpowder Milkshake (2021)

Gunpowder Milkshake (2021)

Sam(Karen Gillan) seorang pembunuh upahan yang muda telah membunuh anak ketua gengster. Sam tidak tahu yang dia telah membunuh anak kesayangan ketua gengster tersebut dan dia telah diburu. 

Sam bekerja bersama Nathan(Paul Giamati) adalah ketua organisasi pembunuh upahan yang dipanggil “THE FIRM”. Sam seorang budak yang haus kasih sayang dari ibunya. Ibunya pula Scarlet(Lena Headey) telah bersembunyi selama 15 tahun tanpa khabar berita yang membuatkan Sam kecil hati terhadap ibunya. Dan Nathan la yang membesarkan Sam selama ibunya pergi menyembunyikan diri.
 
Sam ditugaskan oleh Nathan untuk menangkap seseorang yang telah melarikan wang. Semasa Sam pergi memburu seorang yang mencuri duit dari organisasi lain(tidak pasti) dia telah terbunuh seorang lelaki yang terdesak mahukan duit yang dicuri tu semata2 untuk menyelamatkan anaknya.
 
Organisasi The Library pula diketua oleh Anna May(Angela Basset), Madeleine(Carla Gugino) dan Florence(Dato Michelle Yeoh). Mereka adalah organisasi pembekal senjata (kalau tak salah) dan ibunya Sam juga salah satu dalam ahli The Library ni tapi dianggap “GHOST” kerana menghilangkan diri tanpa khabar.
 
Sam pula serba salah kerana menembak lelaki yang ingin menyelamatkan anak dia sendiri. Dan kerana serba salah tu Sam yang dingin berubah menjadi seorang yang tidak pentingkan diri sendiri dan penyayang selepas berjumpa dengan budak kecik Emily.
 
Kat situ la start kerja mengejar dan bunuh membunuh satu sama lain. So kalau korang nak tahu lebih lanjut korang layan sendiri. And kalau korang nak layan action boleh la layan cerita ni. Oh btw cerita ni cerita Netflix cuma tak masuk Netflix Malaysia, kalau nak tengok boleh on VPN tukar ke region US dan siap. Maybe tak masuk Netflix Malaysia sebab director dia orang Israhell kot.
 
Rating peribadi aku untuk cerita ni 6.5/10 je.
 
Bagi aku just biasa2 je sebab klise sangat jalan cerita dia, dan lagi satu cerita ni feminism sangat. So ya! Kalau nak layan action2 dia boleh layan yang ni. Action not bad padu jugak. Cuma villain dia tak umph langsung, harap suara je besar bak hang acah2 kuat last2? Tengok la sendiri 😂

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top