HACHIKO MONOGATARI (1987)

HACHIKO MONOGATARI (1987)

HACHIKO MONOGATARI

(Terjemahan: Kisah Hachiko)

 
Pada tahun 1923, beberapa anak anjing baka Akita dilahirkan di sebuah ladang di bandar Odate yang terletak di wilayah Akita, Jepun.
 
Mase, seorang pakar pertanian menelefon mentornya, Profesor Hidejiro Ueno yang tinggal di Shibuya, Tokyo untuk menghadiahkannya seekor anak anjing baka tulin Akita itu.
 
Anak perempuan Ueno, Chizuko gembira dengan berita itu dan nekad memujuk ayahnya yang dua hati untuk menerima pemberian itu. Ibu Chizuko, Shizuko melahirkan bantahannya kerana mereka baru sahaja kematian anjing Akita yang lain, Gonsuke.
 
Setelah dua hari, akhirnya anak anjing tersebut tiba di stesyen keretapi Shibuya dari Odate.
Saikichi dan Kiku, pembantu rumah Ueno yang menunggu ketibaan anak anjing itu di stesyen mendapati ia tidak bergerak dan menyangkakan ia sudah mati dalam perjalanan ke situ.
 
Namun, ternyata ia hanya penat apabila ia mula minum susu dari pinggan yang diberikan Ueno.
Melihat kekentalan anak anjing tersebut untuk hidup, Ueno memutuskan untuk menamakannya Hachiko atau Hachi yang bermaksud Tuan Lapan. Nombor lapan melambangkan nasib baik di Jepun.
 
Setelah Chizuko berkahwin dan mengikut suaminya pergi, tanggungjawab menjaga Hachi dipikul oleh Ueno dan isteri serta kedua-dua pembantu rumah mereka.
Semakin Hachi dewasa, semakin rapat perhubungannya dengan Ueno. Ueno sering membawa Hachi berjalan-jalan dan mandi bersama.
 
Pada suatu malam semasa hujan turun dengan lebat, Ueno membawa Hachi masuk ke dalam rumah dan selepas mengeringkan tubuhnya, membawa Hachi tidur bersamanya.
Ueno seringkali berulang-alik ke tempat kerjanya melalui keretapi dengan bertolak dari Stesyen Shibuya. Hachi mula meninggalkan rumah untuk pergi ke stesyen tersebut menunggu ketibaan Ueno dari tempat kerjanya setiap petang.
 
Kelakuan Hachi setiap hari itu dikagumi dua penjaja makanan di stesyen tersebut.
Namun pada 21 Mei, 1925, Ueno mengalami serangan angin ahmar semasa sedang mengajar lalu meninggal dunia.
Semasa upacara pengebumian Ueno, Hachi dalam kesedihannya melepaskan diri dari rantainya untuk mengikuti perarakan keranda tuannya ke Stesyen Shibuya.
 
Shizuko menjual rumah mereka dan memberi Hachi kepada pakciknya yang menetap di Asakusa, Tokyo untuk dijaga tetapi ia melarikan diri untuk kembali ke rumah Ueno yang kini didiami pemilik baru.
 
Mereka menghalau Hachi dari sana kerana tidak sukakan anjing. Walaupun Kiku dan isterinya mengambil Hachi untuk dijaga, dia tetap melarikan diri untuk menunggu tuannya di Stesyen Shibuya setiap hari.
 
Penjaja-penjaja makanan di situ merasa kasihan dengan Hachi dan sering memberi makanan kepadanya.
Kisah mengenai kesetiaan Hachi dilaporkan dalam akhbar tempatan dan ini mendapat perhatian Shizuko yang kembali untuk membawa Hachi pulang bersamanya.
 
Namun Hachi terus melepaskan diri dan kembali ke stesyen itu di mana dia menunggu setiap hari sehinggalah kematiannya pada 8 Mac 1935.
 
 
 
 
 
 

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}

Share


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

 

 

Scroll to Top