Cerita ni aku tengok dekat TV sebab TV ada esvicloud.Rating 1mdb cuma 5.8 tapi bagi aku boleh pergi 7-7.5.
Kisah tentang seorang head of center bank di Busan, Sunggyu yang menaiki kereta dengan 2 orang anaknya. Dia nak hantar anak dia pergi sekolah ada exam. Masa dah nak sampai sekolah anak dia, dia dapat call dari nombor tak dikenali yang mengatakan ada bom di bawah tempat duduk dia, dan bom tu akan meletup kalau sesiapa keluar dari kereta.
Mula-mula dia ingat orang gila buat prank call. Dia raba-raba bawah seat, tengok memang ada bomb. Dia tak stop kereta dekat sekolah anak dia. Dia lajak terus. Anak dia nasib baik tak banyak soal.
Dia tanya caller tu, apa caller tu nak. Caller tu mintak dia transfer sejumlah wang yang sangat besar, dalam 7 juta kot. Sunggyu ni katalah dia mana ada duit banyak tu. Caller tu kata dia kan kerja bank, tariklah dari para pelabur ke apa. Kalau tak, caller tu letupkan kereta. Caller ni boleh track semua pergerakan dia. Sunggyu dapat call dari kawan sekerja dia.
Kawan dia kata ada orang call dia bagitahu bawah seat dia pun ada bom. Kalau sesiapa keluar kereta, bom akan meletup. Tapi kawan dia ni ada masalah, sebab bini kawan dia ni nak jugak turun kereta sebab dah sampai tempat kerja.
Sunggyu datang nak tolong pujuk bini kawan dia jangan turun kereta. Tapi bini kawan dia tak percaya. Bini kawan dia turun jugak dan kereta tu meletup. Serpihan bom tu kena kaki anak Sunggyu dalam kereta. Kaki dia berdarah banyak.
Caller tadi tak bagi Sunggyu pergi hospital, kalau tak, kereta meletop. Anak dia lagi sorang ni compress lah kaki adik dia tu sampai kaki anak dia tu mula mati rasa. Masa ni Sunggyu panik. Dia nak jugak pergi hospital. Caller tu jadi marah. Pihak polis pulak kepung Sunggyu ni sebab syak Sunggyu ni terlibat dalam pengeboman kawan dia.
Apa jadi lepas tu, korang tengoklah sendiri. Boleh tahan lah cerita dia. Cuma bosan sikit sebab banyak scene dalam kereta.
ps: Rupanya ada sebab kenapa caller tu buat Sunggyu macam tu ☹️☹️☹️
kredit: @Nuraziah Amalina
Be the first to leave a review.