Haseen Dillruba (2021)

Haseen Dillruba (2021)

Bayangkan suami kau ketahui yang kau pernah curang terhadapnya, dan tak lama kemudian kau pula dituduh kerana membunuhnya?

Mesti fikiran korang akan anggap yang si suami adalah masterplan dalam kematiannya sendirikan?
 
Tapi percayalah itu bukan tujuan utama plot movie ini cuba rungkaikan, bagi aku ianya versi gila dan lebih mental dari watak Amy Dunne dalam Gone Girl. Haha!
 
Mengisahkan seorang gadis (Rani) yang dikahwinkan kepada seorang jurutera muda (Rishu) yang sifatnya agak lurus bendul.
 
Sikap Rani yang serba serbi tidak tahu dalam mengurus rumah tangga, menjadi konflik utama hubungan mereka berdua.
 
Tapi faktor tersebut tidak mengubah kasih sayang Rishu terhadap isterinya, hinggalah muncul Neel yang mengubah sikap Rani menjadi seorang suri rumah yang diimpikan oleh Rishu selama ini.
 
Tapi perubahan Rani itu bukan semata kerana suaminya tetapi kerana Neel.
 
Lebih menyedihkan, tak lama kemudian berlaku satu letupan dirumahnya yang tinggal hanyalah satu pergelangan tangan, membuktikan itu adalah suaminya.
 
Persoalannya? adakah kematian tersebut berpunca dari Neel dan Rani semata kerana cinta terlarang mereka?
Adakah kematian tersebut cara Rishu membalas dendam terhadap isterinya?
Sepertimana point aku diatas, ianya tak sama dengan Gone girl.
 
Kalau korang nak tau apa plot twist sebenar kematian suami si Rani ini? Korang boleh cuba layan haha!
Memang jilake point dia.. 😂😂😂😂
 
Film ini akan membawa tontonan korang dengan pelbagai rasa, lucu,family, cinta, kasih sayang, kecurangan serta kekejaman.
Lakonan yang memberikan impak besar kepada aku adalah watak Rishu yang dilakonkan oleh Vikrant Massey.
 
Boleh dikatakan mamat nie kiranya next AMIR KHAN di Bollywood.. power lakonan dia.. 😅
 
Aku taknak cerita lebih takut terspoiler pulak, so apa yang boleh aku huraikan berkaitan film ini, hanya dengan tiga patah perkataan sahaja “CINTA ITU GILA”..
 
hahahah kalau wujud manusia macam nie.. memang Win!! 😂😂😂
 
Ada di Netflix.. selamat menonton!!
Personal rate : 8/10
Rotten : 80/100% “audience score”
IMDb : 6.6/10
 
P/s : 40minit terakhir movie nie, aku dah boleh agak perkara itu mungkin berlaku, cuma tak sangka je ianya betul berlaku. Hahaha!
 
Aku sure ramai yang akan pertikai cara olahan plot film ini yang agak merepek, lebih2 lagi berkaitan siasatan polis. Tapi realitinya movie ini berjaya menghiburkan tontonan aku.. ketepikan ulasan critic lain.. just enjoy the show! Korang tentu puas!! 💪💪💪

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top