Haunters (2010)

Haunters (2010)

Pada 1990 Seorang budak lelaki anggaran umurnya 5 ke 6 tahun sedang bersama ibunya berjalan kaki di dalam hujan, matanya ditutup kain putih, kakinya berdencut kerana kaki pada sebelahnya menggunakan kaki buatan, dia seorang anak istimewa yang tiada kaki, sampai di rumah budak itu bersama ibunya menjamu makanan, budak disuap makan ibunya masih lagi matanya tertutup dengan kain, apabila matanya diselak budak itu, ibunya dengan segera menutupinya semula.

.
Sedang sedap makan datang seorang lelaki dewasa sebaya ibunya, datang dengan kurang sopan buat bising-bising, datang membuka kasutnya masuk ke rumah, sempat dia berkongsi makan tetapi dengan cara kurang sopan, selepas itu lelaki itu mencerca lagi, dia menolak budak itu, dia memaki-hamun dan memukul-mumukul ibu budak itu berkali-kali,

.
Sedang dia memukul-memukul ibu budak itu, budak itu segera membuka kain balutan di kepalanya, yang menutupi matanya, lalu membeliakkan matanya ke arah lelaki itu, lelaki itu terus berhenti memukul ibu budak itu, dia bangkit berdiri tegak dari duduknya, dia senyap terpaku tidak berkata-kata, budak itu terus maju kepada lelaki itu, lelaki itu mundur berjauhan daripadanya, budak terus maju, lelaki itu terus berundur jalan ke belakang keluar dari pagar rumah lalu berundur lagi dia berjalan ke belakang seolah matanya telah dipukau, mata budak itu terus merenung lelaki itu, tidak semene-mene tangan lelaki itu diletakkan di kepalanya satu di atas kepala, satu di bawah dagu, dipulasnya kepala perlahan-lahan, lalu disentapnya dengan sentapan yang kuat, lalu jasadnya jatuh rebah ke bumi.

.
Dengan melihat kejadian itu, ibu budak itu tidak menerima hakikat bahawa yg dibunuh budak itu adalah bapa kandungnya, ibunya bertekad ingin mancabut nyawa budak itu dengan membalut kain guni di kepala budak itu, kemudian dia mencekiknya sekuat hati, tetapi budak itu bertindak balas mempertahankan dirinya untuk hidup, dia meronta, dengan tiba-tiba kain di mata budak itu terkoyak, lalu matanya dapat melihat.

.
Budak itu dapat mengawal manusia, kali ini ibunya pula, dia bawa ibunya di sebuah sungai yang airnya sangat deras sekali, kebetulan hari hujan, dia bawa ibunya ke situ dengan kuasa pukaunya, ibunya berjalan ke arah sungai dengan tanpa perasaan, macam patung, jalan perlahan-lahan, dia berjalan lagi, sambil air sungai berarus laju sekali dari kiri ke kanan, tiba-tiba perjalanan ibunya hilang dari pandangan, rupa-rupanya ibunya terjatuh sebelum masuk ke sungai, bila dia terjatuh dia tersedar dari kawalan pukau anak nya, dia bergegas bangun meninggalkan sungai itu, dia berjalan ke jalanan, mendapati anaknya telah tiada di situ.

.
Kini masuk Tahun 2010, seorang pemuda bernama Kyu-nam sedang berkerja bersama dua rakan foriegner Ali dan Bobba di sebuah syarikat pelupusan kereta bersama warga asing yang lain, Ali berasal dari Turki dan Bobba pula dari Ghana tetapi dedua orang ni pandai cakap Korea, mereka berkerja di sana hampir 7 tahun lebih, kawan yang sangat rapat, mereka selalu berkerja bertiga-tiga.

.
Kyu-nam, Ali dan Bobba plan untuk hang out pada hujung minggu ke taman tema di tempat mereka, naik roller coster, makan-makan, huuu sana huuu sini, happy2 aja pada masa tu, seolah tiada apa yang berlaku, kini sampai lewat malam, mereka bertiga balik bersama menaiki sebuah van usang dipandu Kyo-Nam, sampai di satu tempat Kyu-Nam turun di area tempat tinggalnya, tetapi kawan-kawan dia bagi suprise menghadiahkan sehelai baju Jacket berwarna Oren, rupanya haritu hari lahir Kyu-Nam, baju hadiah buatnya, Kyu-Nam suka dengan hadiah itu, masa itu Kyu-Nam dah keluar dari kenderaan, dipakainya baju tu, tiba-tiba dia dilanggar sebuah kereta yang dibawa laju di tepi jalan.
.

Kyu-Nam kini dimasukkan ke Hospital masa dihospital kawan-kawannya mengatakan mujur dia boleh hidup, dan mengalami kecederaan kaki, kene langgar teruk, tapi masih selamat, tetapi ada berita tidak baik bagi dia, dia telah diberhentikan kerja. Kyu-Nam kini menggaggur di rumah, orang muda macam dia tak suka duduk diam di rumah, dia bercadang ingin mencari kerja baru, setiap hari dia menelifon tempat-tempat kerja tapi tak dapat juga, sehingga dia mendapat satu peluang pekerjaan di Kompeni Utopia yang sangat misteri sekali.

Di tempat kerja Kyu-Nam dia mendapat seorang boss baru yang baik bernama Jung-sik, boss Kyu-Nam ada seorang anak perempuan bernama Yeong-sook bakal peramugari, Boss Kyo-Nam melantik nya sebagai pengurus di situ, Kyo-Nam sangat menghargai dengan jawatan itu, dan rasa berbangga sekali, Jung-sik ada memberi tahu, ada kejadian misteri kehilangan barangan berharga di kedainya yg tidak diketahui kenapa menghilang, lalu dipasangnya CCTV baru diletakkan di kedainya, satu hari Kyu-Nam meminta izin memanggil kawan baiknya Ali dan Bobba ke opis nya itu, happy2 duduk sama-sama, mereka berbual.

Tiba-tiba ada satu kejadian pelik berlaku, kesemua orang di dalam opis itu dalam keadaan kaku, tiba-tiba masuk seorang lelaki ke kedai itu, tiba-tiba Boss Jung-Sik mengeluarkan sejumlah wang yang banyak terus diberikan kepada lelaki misteri itu, semua masih kaku tidak sedarkan diri, hanya Kyu-Nam sahaja yang boleh bergerak sedikit demi sedikit melawan pukauan itu,

.
Okay gais cita thriller ini memang menarik jalan cerita dia, korang boleh layan gaisss.
Nak tahu siapa lelaki itu??? Kenapa Kyu-Nam boleh bergerak dan lawan kuasa lelaki itu??? apakah berlaku selepas itu???
Tengoklah cerita selanjutnya.
hehehehe.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (1 vote)
Rating10
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top