Citer ni tentang hubungan Theodore (Joaquin Phoenix), seorang lelaki yang sgt introvert/pendiam/sensitif, dengan Samantha (Scarlett Johanssen, suara saja ya), sejenis pembantu maya yang ada artificial intelligence (AI)..
Macam Alexa atau Siri tu, tapi ni next level punya AI. Citer ni setting dia pada masa hadapan yang tak terlalu jauh dari sekarang dan teknologi komunikasi & informasi waktu tu agak advanced.
Samantha diciptakan ada keupayaan kognitif dan emosi yg sentiasa berevolusi, beradaptasi, dan bijak..dia cepat belajar dan ada rasa ingin tahu yang tinggi. Samantha byk membantu urusan kerja dan peribadi Theo, dalam masa yang sama Theo yang kesedihan kerana berpisah dgn isterinya selalu berbual dengan Samatha di mana2 saja untuk mengurangkan kebosanan.
Theo pernah cuba dating dengan seorang wanita, tapi berlaku salah faham, cannot go dan Theo rasa macam loser. Jadi Theo byk bercerita dan mengadu kepada Samantha. Mereka menjadi terlalu rapat sampaikan satu hari tu, Samantha tetiba offline dan tak respon, Theo jadi sgt cemas dan tak tentu arah. Bila online semula, Samantha minta maaf dan dengan excited dia cerita yg dia connect dengan AI-AI lain dan mereka semua offline seketika sebab tgh berbincang untuk cipta dunia mereka sendiri yang tak memerlukan entiti fizikal untuk memenuhi apa yang mereka inginkan.
Theo tetiba rasa seperti sesuatu yang tak kena dan bertanya kepada Samantha, adakah selama perhubungan mereka berdua, Samantha ada juga hubungan rapat seperti ini dengan manusia lain? Samantha telah berevolusi dengan cepat dan memerlukan sesuatu yang lebih mencabar untuk terus menjadi lebih hebat kerana ia telah diciptakan sebegitu………
Anda boleh tonton sendiri di Netflix ya.
Rating saya 8/10. Bagi saya garapan cerita ni sensitive dan touching. It’s a gem of a story. Fragile & appropriately slow-paced.
Penonton perlu fokus kepada skrip dan nuansa yang halus dlm filem ni utk menghayatinya. Suara Scarlett Johanssen sangat memikatlah; mula2 ceria, inkuisitif, kadang2 childlike, kadang2 quirky, emotional, pendek kata boleh buat orang jatuh cinta tanpa tengok orangnya.
Oh ya, maaf, citer ni tak sesuai utk tontonan bawah 18 tahun/keluarga sebab ada babak2 dan skrip yang hanya sesuai utk adults..however, they were acted in artistic/suggestive ways.
#romance
#scifi
#scifiromantic
#ayleyreviews
Be the first to leave a review.