HEREDITARY (2018)

Kisah ini bermula selepas kematian ibu Annie, Ellen. Annie, seorang artis miniature telah mengalami kemurungan yang teruk. Anne mempunyai suami bernama Steve, anak lelaki bernama Peter (16 tahun) dan anak perempuan bernama Charlie (13 tahun).

Untuk itu, dia telah menyertai satu kumpulan sokongan untuk menangani kemurungannya. Di dalam sesi terapi, dia telah mendedahkan sisi gelap keluarganya. Ayahnya telah mati kebuluran kerana sengaja berlapar, abangnya menghidap skizoprenia dan menggantungkan diri pada usia 16 tahun anakala ibunya sibuk mempelajari dan mengamalkan ilmu hitam.

Dia menghindari ibunya sehinggalah dia berkahwin. Dan sewaktu dia mengandungkan anak lelaki sulungnya Peter, ibunya telah tinggal bersamanya. Sungguh pun begitu, hubungannya dengan ibunya tidak akrab, dan dia tidak mengizinkan ibunya menyentuh Peter. Segalanya berubah apabila dia hamil anak keduanya Charlie. Anak perempuannya itu terlalu rapat dengan neneknya.

Kemurungan Annie semakin teruk, apabila Charlie mati dalam kemalangan ngeri. Kejadian berlaku ketika Peter membawa Charlie keluar ke sebuah parti. Annie menyalahkan Peter…sehingga dia sanggup membuat miniature kemalangan ngeri itu.

Annie dipujuk oleh seorang ahli kumpulan sokongan itu yang bernama Joan supaya melakukan aktiviti psikik memanggil roh. Dia akhirnya bersetuju, dan melakukannya dengan mendesak Steve dan Peter menyertainya. Aktiviti paranormal berlaku apabila Annie bercakap dengan suara Charlie, angin berputar dalam rumah dan ada lakaran yang terlukis dibuku nota milik Charlie.

Kepelikan berlaku-apabila lakaran tentang Peter bertubi-tubi muncul di buku nota milik Charlie. Seolah-olah memberi petunjuk yang Peter di dalam bahaya. Annie mencari Joan meminta pertolongan tetapi Joan menghilang. Peter mula mencederakan dirinya sendiri. Annie menggeledah buku-buku “occult” milik ibunya dan menemui gambar-gambar yang mengaitkan ibunya dengan Joan dan pergerakan kultusnya…

Sampai sini saja…makcik dah pening. Ini boleh dikatakan macam kisah saka dalam versi orang putih. Rupanya Ellen ni adalah ketua satu kultus, dan bila dia mati…dia harus menyerahkan tahta itu kepada pewarisnya. Sekarang ni, segala gangguan yang dialami oleh Annie datangnya dari saka yang mencari pewaris….lalu, siapakah pilihan Ellen sebagai pewarisnya?…

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top