Hereditary (2018)

HEREDITARY (2018)

Sepasang suami isteri  mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki bernama Peter dan seorang perempuan bernama Charlie. Mereka tinggal di satu kawasan yang agak klasik.
 
Suatu hari, Peter disuruh membawa adiknya sekali mengikutinya ke Pesta. Dalam kelekaan Peter, dia tidak sempat menghalang Charlie daripada makan kek yang mengandungi kacang. Kesan alahan Charlie muncul dan Peter terburu-buru membawa adiknya ke hospital.
 
Dalam perjalanan, berlaku suatu kemalangan yang mengerikan kepada Charlie, menyebabkan Charlie meninggal dunia dan ibu mereka seolah menyalahkan Peter.
 
Seseorang yang dikenali oleh ibu Peter, Annie telah mengajar Annie cara berhubung dengan orang yang sudah mati. Demi rasa rindu yang menggunung pada Charlie, ibu Peter meminta ahli keluarganya berkumpul supaya mereka dapat bercakap dengan roh Charlie.
 
Namun, kehidupan mereka selepas itu seakan lebih terganggu. Ada sesuatu yang lebih seram daripada berhubungan dengan roh Charlie.
 
“Every family tree hides a secret.”
.
 
Saya menonton filem ini di panggung wayang sewaktu awal filem ini keluar. Kemalangan yang berlaku pada Charlie amat mengerikan.
Ada babak yang agak menyeramkan dalam filem ini membuat anda yang menonton di tengah malam tidak selesa.
 
Terdapat kekeliruan sedikit pada akhir filem ini tapi keseluruhan filem ini tetap memuaskan kerana pertama kali saya melihat tema filem horror begini.
FATIN H.
 

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top