Filem ini mengambil tempat di sebuah bangunan 40 tingkat di pinggir bandar London di awal tahun 1970an. Bangunan yang kengkap dengan kemudahan moden seperti kolam renang, pasaraya dan sekolah rendah itu dibina oleh arkitek terkemuka, Anthony Royal.
Seorang pakar fisiologi dan guru universiti, Doktor Robert Laing yang baru kehilangan adik perempuannya berpindah ke bangunan itu di tingkat 25.
Robert berkenalan dengan seorang ibu tunggal, Charlotte Melville yang juga tinggal di tingkat tersebut bersama anaknya, Toby.
Dia juga bertemu dengan pasangan Richard Wilder, seorang jurugambar dokumentari dan isterinya yang sarat mengandung, Helen bersama anak-anak mereka.
Beberapa hari kemudian, Robert dibawa menemui Anthony yang tinggal di tingkat teratas dan dijemput menghadiri majlis pesta isteri Anthony, Ann pada malam itu.
Tidak menyedari majlis itu ialah majlis costume party, pakaian mengajarnya dipersenda oleh para hadirin di situ termasuk anak murid dan pesakitnya, Munrow.
Robert diusir keluar dan dalam perjalanan turun ke tingkatnya, lif yang dinaiki terhenti kerana bekalan eletrik terputus.
Keesokkan hari, Robert memeriksa gambar x-ray otak Munrow yang tidak menunjukkan apa-apa. Namun, disebabkan masih geram dengan sindiran Munrow pada malam sebelumnya, memberitahunya yang dia mungkin mengidap barah otak.
Malam itu, selepas mabuk berpesta di tingkat 39, Munrow yang masih murung mengenai keputusan ujian x-raynya, memutuskan untuk membunuh diri dengan melompat dari tingkat tersebut.
Saksikan bagaimana Robert menghadapi kesan buruk dari penipuannya.
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}