mengisahkan mengenai seorang bekas banduan bernama Rennie Cray.
Beberapa tahun sebelumnya, semasa mereka sedang menikmati percutian, isteri Rennie, Olivia telah maut dilanggar oleh James Fargo, seorang yang tidak siuman kerana terlalu obses membenci kaum wanita.
Rennie telah mengejar Fargo dengan keretanya dan setelah memotongnya, melanggar kereta beliau sehingga terbabas teruk.
Akibat perlanggaran yang disengajakan itu, Fargo telah cedera parah sehingga dia lumpuh dan tidak boleh berjalan.
Rennie telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun kerana kesalahannya.
Setelah bebas dari penjara, Rennie mula menjejak Fargo semula melalui laporan-laporan berita kematian beberapa orang wanita akibat dilanggar sebuah kereta jenis El Dorado tahun 1972.
Bagi menyiapkan diri untuk bakal pertembungan mereka, Rennie membeli kereta jenis Plymouth Barracuda tahun 1968 dan memperkasakannya dengan jeriji-jeriji besi.
Selama dua tahun, Rennie menjejak jenayah langgar-lari Fargo di lebuhraya Amerika sehinggalah satu hari, dia bertemu dengan seorang wanita, Molly yang berjaya menyelamatkan diri dari menjadi mangsa terbaru keganasan Fargo.
Disebabkan itu, Molly menjadi buruan Fargo dan Rennie mengatur rancangan untuk menjadikan beliau sebagai umpan jeratnya dan membunuh Fargo sekaligus.
Dapatkah Rennie menunaikan dendamnya terhadap Fargo?
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}