Di kampung Keelut, Alaska, tiga kanak-kanak telah hilang secara misteri.
Penduduk kampung gempar kerana percaya kehilangan mereka adalah disebabkan sekumpulan serigala yang dilihat berkeliaran berhampiran kampung tersebut.
Salah satu keluarga penduduk yang kehilangan anak lelakinya, keluarga Medora Slone, meminta bantuan seorang pakar biologi serigala, Russell Corr, untuk menjejak dan membunuh kumpulan serigala itu disebabkan suaminya, Vernon masih berkhidmat di medan perang Iraq.
Setelah mengkaji pergerakan kumpulan tersebut, Russell mendapati bahawa ia tidak menyamai corak pemburuan kumpulan serigala.
Medora melahirkan rasa tidak senang hatinya dengan pendirian Russell dan memberitahunya mengenai kawasan mata air yang terletak di bahagian utara kampung itu.
Keesokkan pagi, Russell berangkat menjejak kumpulan serigala itu.
Dalam perjalanannya, dia bertemu dengan seorang wanita tua Inuit bernama Illanaq yang memberitahunya Medora sudah dirasuk semangat yang jahat.
Russell tiba di mata air yang diceritakan Medora dan hairan melihat kumpulan serigala itu sedang memakan anak-anak mereka.
Walaupun berdepan dengan kejadian itu, Russell tidak sampai hati untuk menembak mereka.
Russell membuat keputusan untuk pulang ke Keelut dan setibanya di situ, mendapati Medora tidak ada di rumahnya.
Sedang dia mencari Medora, dia terjumpa mayat anak Medora dalam keadaan beku dan mati dijerut di bilik bawah tanah rumah.
Setelah pihak polis datang menyiasat, beberapa penduduk kampung menuduh Medora telah membunuh anaknya kerana dirasuk Tournaq, semangat mistik serigala yang jahat.
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}