HOLLOW (2014)

HOLLOW (2014) #horrorvietnam

Kerana kasih, Sang Ayah sanggup melakukan “apa sahaja” untuk anaknya “kembali” ke pangkuannya.”

Filem dimulakan dengan babak di mana terdapat seorang gadis yang sedang berlumuran dengan darah berada di atas jambatan sedang memeluk sebuah boneka dan bersedia untuk menamatkan kesengsaraannya dengan berseorangan dengan terjun ke dalam sungai. Siapakah gerangan gadis itu?

Di babak lain, seorang anak kecil jatuh ke dalam sungai ketika sedang bermain berseorangan dan ketika semua mula menyedari kejadian itu, anak itu telah pun hilang dan jasadnya tidak ditemukan.

Sang ayah yang tidak dapat menerima kematian anak kesayangannya itu sanggup berjumpa bomoh agar anaknya dapat dikembalikan!

Seminggu kemudian, jasad anaknya ditemui dan dibawa kembali ke rumah. Namun sejak kepulangan anaknya, pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku. Kakak tiri kepada si anak pula sering dibayangi dan dihantui penampakan entiti yang menakutkan seolah-olah cuba memberi petunjuk kepada Si Kakak yang keluarganya dalam bahaya ketika ini.

PERSOALANNYA

Apakah sebenarnya yang telah berlaku? Adakah benar jasad yang kembali itu adalah anaknya yang sebenar? Apakah yang cuba diberitahu dan rahsia disebalik penampakan yang Si Kakak alami itu?

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top