Host (2020)

Host (2020)

Filem yang dihasilkan semasa wabak pandemik Covid-19 ini mengisahkan mengenai Haley yang telah mengaturkan sesi panggilan Zoom mingguan dengan kawan-kawannya Jemma, Emma, Radina, Caroline dan Teddy sebagai cara untuk bertanya khabar dalam keadaan perintah berkurung.

Dalam sesi terbaru, Haley mengupah seorang ahli nujum bernama Seylan untuk mengendalikan upacara memanggil roh atas talian tetapi Teddy terpaksa meninggalkan sesi tersebut kerana diganggu teman wanitanya, Jinny.

Semasa upacara tersebut, Jemma berpura-pura mendakwa dia dihubungi oleh roh rakan mereka, Jack yang telah meninggal dunia kerana bunuh diri. Belum sempat Seylan mengesahkan perkara itu, talian internetnya telah terputus menyebabkan beliau meninggalkan sesi tersebut.

Tanpa Seylan, kejadian-kejadian pelik mula berlaku kepada kelima-lima peserta upacara itu. Gelas yang dipegang Emma tiba-tiba pecah, Haley yang sedang duduk di atas kerusi diheret dengan ganas ke belakang dan Caroline melihat satu lembaga tergantung di loteng rumahnya.

Filem ini lebih baik ditonton di komputer riba dengan bunyinya ditinggikan kerana pengarahnya mengolah filem ini supaya sesuai ditonton di atas skrin komputer riba atau komputer peribadi selaras dengan semua adegan dalam filem berlaku di depan kamera video komputer.

#munyawayang

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top