๐๐ข๐ฆ๐ง๐๐๐ (๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ณ)
๐ฆ๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐๐ ๐ณ๐ถ๐น๐ฒ๐บ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐บ๐ฎ ๐ฃ๐๐ฆ๐๐-๐๐ฃ๐ข๐๐๐๐๐ฃ๐ง๐๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐จ๐ก๐๐, ๐ง๐๐ก๐๐ก๐, ๐ง๐๐๐๐ก๐, ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ข๐ฆ๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ ๐๐ก๐ฌ๐๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ง๐..
1. Mengisahkan sebuah kisah percintaan dan perhubungan yang tiada sempadan, yang tidak mengenal usia, tidak mengenal latarbelakang.
2. Perjuangan antara hidup dan mati seorang wanita di dunia pasca-apokaliptik, berjuang demi meneruskan kelangsungan hidup dan melawan raksasa pemakan manusia yang hanya keluar pada waktu malam.
3. Pengorbanan seorang lelaki terhadap wanita yang dicintainya tidak kira apapun kondisinya. Yang akhirnya membawa kepada kisah percintaan yang sungguh klasik, epik dan menyayat hati.
Juliette (lakonan Ashworth), merupakan salah seorang yang terselamat daripada bencana pasca-apokaliptik yang terpaksa menjalankan tugas untuk mencari bekalan makanan bagi sisa baki umat manusia yang masih terselamat.
Namun ketika dalam perjalanan pulang ke kem, kenderaan yang dipandunya mengalami kemalangan dan mengakibatkan ia terbalik dan kaki Juliette patah.
Saat dia sedar malam semakin tiba, dia tahu bahaya juga makin mendekatinya. Dalam kondisinya dengan patah kaki dan menyukarkannya untuk bergerak, Juliette harus mencari jalan untuk melindungi dirinya daripada si makhluk karnibal yang pasti akan keluar mencari makanan.
Disaat inilah, emosi halusnya membawanya ke kisah silamnya sebelum berlakunya pasca-apokaliptik ini. Beberapa babak “Flash-back” dapat kita lihat Juliette mengimbas kembali kenangan bersama kekasih tercintanya, Jack (lakonan Fitoussi).
Semua kisah romantis yang penuh suka dan duka yang akhirnya membawa Juliette berdepan semula dengan makhluk karnibal pada masa kini. Dia sedar sekiranya dia tidak bertindak terburu-buru ketika itu, Jack tentu masih bersamanya lagi ketika ini.
Be the first to leave a review.