Seorang pengawal keretapi perjalanan semalaman Alpha Trax bernama Joe Griffin menggantikan seorang pengawal keretapi lain yang jatuh sakit di atas keretapi yang berlepas dari London pada tengah malam.
Dalam perjalanan, cuaca pada pagi itu bertukar menjadi ribut petir.
Beberapa batu sebelum ia sampai ke stesyen terakhir di perkampungan Eastborough, keretapi tersebut hampir-hampir tergelincir dari landasan setelah tiba-tiba terlanggar seekor rusa.
Apabila pemandu keretapi keluar untuk memeriksa kerosakan yang dialami, dia mendapati bangkai haiwan tersebut tersepit di antara roda depan keretapi.
Sedang dia cuba mengalih keluar bangkai tersebut, pakaiannya terpalit dengan darah haiwan itu.
Tiba-tiba, satu lembaga muncul keluar dari kawasan hutan berhampiran dan menyerangnya dengan ganas.
Sementara itu, para penumpang mula naik berang setelah diberitahu pasukan penyelamat tidak dapat datang kerana pohon-pohon yang tumbang akibat ribut petir.
Mereka mendesak Joe untuk membuka pintu keretapi agar mereka dapat berjalan kaki ke Eastborough.
Tanpa pilihan lain, Joe terpaksa membuka pintu keretapi.
Sedang mereka berjalan, mereka terkejut apabila menemui mayat pemandu keretapi mereka yang sudah separuh dibaham.
#munyawayang
Be the first to leave a review.