Howlling Village (2019)

Howling Village (2020)

Filem ini berdasarkan kepercayaan puaka Jepun mengenai Terowong Inunaki yang terletak di bandar Miyawaka dalam wilayah Fukuoka.
Kepercayaan ini bermula apabila ramai pekerja binaan yang diupah untuk menyiapkan terowong itu telah terkorban apabila ia tiba-tiba runtuh.

Semenjak kejadian tersebut, masyarakat tempatan yang tinggal berhampiran telah melaporkan beberapa perkara seram apabila mengguna terowong itu seperti mendengar bunyi ratapan serta tangisan dan bayang-bayang manusia yang bergerak sendiri.

Malah, mereka yang telah keluar melalui terowong itu mendakwa melihat satu kawasan perkampungan yang lengang dan tidak berpenghuni namun apabila mereka kembali ke tempat itu, perkampungan itu telah ghaib.

Penduduk-penduduk daerah Fukuoka telah menamakannya Kampung Inunaki sempena terowong itu.

Disebabkan tidak mahu menimbulkan imej yang buruk untuk bandar mereka, pihak berkuasa telah menutup laluan keluar terowong itu untuk mencegah orang awam dari menggunanya.


Kanae Morita adalah seorang pakar sakit jiwa yang mempunyai kebolehan aneh untuk merasa kehadiran roh-roh mereka yang sudah tiada apabila mereka hampir dengannya.

Abangnya, Yuma telah menjadi obses dengan Terowong Inunaki semenjak dia mendengar cerita-cerita mengenai tempat itu.

Pada satu hari, Yuma telah membawa teman wanitanya, Akina Nishida pergi ke terowong itu untuk mencari Kampung Inunaki tetapi mereka hilang beberapa hari selepas itu.


Ini menyebabkan Kanae bertolak ke Miyawaka untuk menjejak mereka melalui terowong itu berharapkan hanya kebolehannya.

Kredit: munyawayang

ps: apa pendapat korang dengan cita ni gaiss??? seram tak????

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top