“Anak yang dibesarkan oleh 5 orang bapa untuk menjadi seorang pembunuh yang akhirnya berubah menjadi mimpi nyata paling menggerunkan untuk mereka”.
Semalam sis layan filem ini untuk kali ke 3 sebab sis dah ingat² lupa jalan ceritanya. Suka sangat lakonan Jin-goo dalam cerita ini, tak hairanlah dia dapat menggondol anugerah Pelakon Baru Terbaik dalam filem ini!
.
.
Plot filem ini bermula apabila ketika kecil Hwa-yi (Jin-goo) telah diculik oleh 5 penjenayah yang paling dikehendaki polis kerana kekejaman dan kelicikan mereka.
.
.
Hwayi kemudian dibesarkan sehingga meningkat remaja dan segala kelebihan serta kebolehan kelima² bapa penjenayah ini dididik dan diwariskan kepada Hwayi. Namun sikap Hwayi yang agak pemalu dan sentiasa dibayangi perasaan was² membuatkan Hwayi kurang menonjol.
.
.
Sehinggalah satu hari, gang ini telah diupah untuk membunuh sepasang suami isteri kerana enggan berpindah dari kawasan perumahan yang ingin dirobohkan. Dan ini kali pertama Hwayi diajak menyertai misi jenayah mereka dan ini juga kali pertama Hwayi dipaksa untuk membunuh seseorang!!
Klimaks filem ini bermula apabila Hwayi mendapat tahu yang pasangan suami-isteri itu rupa-rupanya adalah ibubapa kandung yang dipisahkan darinya sejak 14 tahun lalu!
.
.
Damn!! Betapa hancur luluh hatinya saat dia mengetahui yang bapa kandungnya mati ditangannya sendiri!! Dan ibu kandungnya yang hampir mati juga telah dimasukkan ke hospital.
.
.
Disaat inilah Hwayi mengatur strateginya sendiri untuk membalas dendam terhadap kelima-lima mereka. Dengan menggunakan kebolehan dan kelicikan yang yang diturunkan kepadanya, satu persatu penjenayah tersebut jatuh ke perangkap Hwayi!
.
.
Fuh! Mantap gila cara Hwayi beraksi dalam cerita ini, membuatkan kita pun tak senang duduk nak tengok macam mana cara dia perangkap dan bunuh bapa² penjenayahnya. Siapa sangka, Hwayi ternyata jauh lebih kejam dan licik dari mereka! Sesuai dengan tajuk filem ini, Hwayi telah dibesarkan menjadi seorang ANAK RAKSASA!
.
.
🔞Tidak sesuai ditonton bersama anak² bawah umur kerana terdapatnya babak budak dir0g0l walaupun tak ditunjuk perlakuannya dan ada beberapa rujukan lucah seksual serta banyak penggunaan perkataan F, motherf***r, sht, dan ass.
9/10⭐⭐⭐⭐
Be the first to leave a review.