I Saw The Light (2015)

I Saw The Light (2015)

Filem ini berdasarkan kisah hidup penyanyi country legenda 1940an, Hiram Hank Williams yang penuh suka-duka.

Filem ini bermula satu malam dengan pernikahan penyanyi country Hank Williams dengan Audrey Sheppard, kedua-dua mereka berumur 21 tahun masa itu pada Disember, 1944 di sebuah stesyen minyak Texaco di Andalusia, Alabama.

Pernikahan ini tidak disenangi oleh pengurus Hank iaitu ibunya sendiri, Lillie yang menuduh Audrey hanya mengahwini anaknya kerana ingin menumpang kejayaan dan hasil pendapatan Hank.


Hank tidak mengendahkan teguran ibunya malah menjemput Audrey untuk menyanyi bersamanya di atas pentas semasa dia melakukan persembahan.

Pada satu malam, perbuatan Hank ini menimbulkan kemarahan penonton-penonton yang datang menyaksikan persembahannya. Ini kerana Audrey mempunyai suara yang garau dan tidak sesuai untuk menyanyi.

Keadaan menjadi keruh setelah Hank menjemput Audrey untuk menyanyi dengannya sekali lagi apabila dia sedang mengacara rancangan radionya sendiri di stesyen radio WSFA. Pemain-pemain muzik latar Hank menyuarakan kemarahan mereka terhadap perbuatan Hank yang dilihat akan membawa kepada pengurangan dalam jemputan-jemputan menyanyi yang berbayar.

Audrey mendapat tahu mengenai perkara ini dan bergaduh dengan Hank yang menganggap perbuatan suaminya menjatuhkan air mukanya.

Masalah keluarga ini mencetuskan ketagihan Hank dengan alkohol ditambah lagi Hank mendapati ia melalikan rasa sakit belakang yang sering dialaminya sejak kecil.


Untuk menjadikan hati isterinya sejuk, Hank melantik Audrey sebagai pengurus barunya. Tindakan ini menjadikan Lillie berang menyebabkan dia cuci tangan dengan segala hal-ehwal anaknya.

Pada 14 September, 1946, Hank mengikuti ujibakat untuk melakukan persembahan di Grand Ole Opry di Nashville, Tennessee iaitu pentas terbesar untuk para penyanyi country terkenal di Amerika. Namun impian Hank tidak kesampaian. Kemurungan yang dialami mengakibatkan ketagihan Hank makin bertambah buruk.

Walaupun begitu, Hank terus mencipta lagu-lagu baru sehingga satu daripadanya “Honky-Tonkin” mendapat perhatian MGM Records.
Pada tahun 1947,Hank menandatangani perjanjian dengan syarikat piring hitam itu dan merekodkan single lagu country baru “Move It On Over” yang disadur dengan irama rock and roll.

Lagu ini menjadi lagu hit Hank yang terbesar. Ini diikuti pada tahun 1949 dengan penerbitan lagu “Lovesick Blues” yang menyebabkan Hank dijemput akhirnya untuk melakukan persembahan di Grand Ole Opry.

Pada November, 1951, Hank mengalami kecederaan akibat terjatuh semasa memburu di Franklin, Tennessee. Kecederaan ini memburukkan lagi sakit belakangnya dan dia mula memakan pelbagai jenis ubat penahan sakit bersama alkohol.

Pada tahun berikutnya, Hank terjebak dalam perhubungan luar nikah dengan penari latarnya, Bobbie Jett. Perhubungan ini membawa kepada Bobbie mengandung anak perempuan mereka, Jett.
Pada tahun berikutnya, Hank merekodkan lagu terkenalnya, “Jambalaya” yang mendapat sambutan hangat.

Pada masa ini, Audrey yang sering membaca mengenai perbuatan curang suaminya di akhbar-akhbar serta majalah-majalah hiburan memutuskan untuk menceraikan Hank.
Hank mula menjalinkan hubungan dengan bekas jirannya semasa kecil, Billie Jean Jones.

Disebabkan dia sering tidak memenuhi kontraknya untuk melakukan persembahan di Grand Ole Opry kerana pergi bertemu dengan Billie Jean, Hank dibebaskan dari kontraknya.
Pada bulan Oktober, 1952, Hank dan Billie Jean berkahwin.

Disebabkan ketagihannya, Hank mula mengalami masalah lemah jantung.
Namun, Hank sempat menerbitkan satu lagi lagu hit “Your Cheatin’ Heart”.

Pada 1 Januari, 1953, dalam perjalanannya ke Charleston, West Virginia untuk satu persembahan konsert, Hank meninggal dunia akibat pendarahan keterlaluan di jantung.

Filem ini menampilkan kehebatan lakonan Tom Hiddleston yang merupakan seorang pelakon British. Beliau sangat karismatik dalam filem ini dan menjiwai sepenuhnya watak Hank dengan loghat country Amerikanya sehinggakan saya sendiri lupa Tom sebenarnya rakyat British.

Filem ini juga menggandingkan Tom dengan rakan pelakon Avengers, Elizabeth Olsen.

munyawayang

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top