Disturbing!..ye, filem ni memang amat “disturbing”….entah iblis spesies apa yang merasuk manusia sampai sanggup berlaku kejam terhadap manusia lain.
Jennifer Hills seorang novelis telah menyewa sebuah kabin di kawasan pendalaman, sebagai tempat untuk ‘healing’ sambil mencari idea untuk menyiapkan novelnya. Ketika dia mula-mula tiba dikawasan tersebut, dia bertanyakan jalan dan mengisi minyak disebuah petrol station. Terdapat 3 orang pemuda yang cuba-cuba menguratnya, tapi dia buat jual mahal….
Jantan-jantan yang bengang tu sakit hati dengan Jennifer dan mula menghendap dia. Sampailah pada satu hari, paip dalam tandas kabin rosak, Matthew dihantar untuk membaikinya. Matthew, seorang yang lembam, telah menceritakan pada jantan bertiga yang tak guna tu tentang Jennifer yang telah menciumnya (kerana terlalu gembira bila paip air dah dibaiki bukannya sebab Jennifer tu perempuan yang tak baik pun ).
Malam tu mereka merancang nak mengenakan Jennifer. Kebetulan pula Jennifer minum dan pekena ganja. Bila dia terjaga pada waktu hampir pagi, dia dapati suasana mencurigakan di sekitarnya. Rupanya, 4 orang jantan jahanam (termasuk Matthew) dah ada dalam kabin tersebut. Mereka mula mendera dan mencabul Jennifer, tetapi dia dapat melarikan diri masuk ke dalam hutan.
Di dalam hutan, dia menemui 2 orang lelaki. Seorang daripadanya adalah Sheriff dan seorang lagi adalah Earl sipemilik kabin yang sedang memburu. Si sheriff menyuruh Earl pulang, kononnya dia nak uruskan kes ini. Tapi Si Sheriff ni adalah kepala iblis…. tak sanggup nak lihat apa yang dilakukan pada Jennifer . Selepas itu, Si Sheriff ni cuba untuk membunuh Jennifer, tetapi dia telah terjun ke dalam sungai terlebih dahulu…
Sebulan telah berlalu, disaat ke5 jantan jahanam tu mula selesa, kerana beranggapan jenayah yang dilakukan telah benar-benar lupus….Jennifer muncul semula memburu seekor demi seekor…
Ending yang sangat puas hati .
Babai
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}