I WANT TO KNOW YOUR PARENTS (2022)

Selepas A Christmas Carol ini ialah filem kedua untuk tahun ini aku tonton yang mengetengahkan isu buli di kalangan pelajar. Mulanya semasa lihat pada posternya memang aku abaikan filem nie. Tiada tarikan bagi aku.

Tetapi selepas baca sedikit sinopsis nya aku cuba juga untuk tonton. Dan perasan pertama aku masa tu aku GERAM dengan para pelajar pembuli dan kemudian aku GERAM pula dengan ibubapa mereka.

Sedikit sinopsis :

Seorang pelajar ditemui hampir lemas dan dalam keadaan tidak sedar selepas diselamatkan. Masa yang sama guru sandaran mereka mendapat satu surat dari mangsa lemas yang menyatakan dia mangsa buli. Di dalam surat itu ada menyatakan 4 nama2 pembulinya Ibubapa pelajar dipanggil. Tetapi bila mereka mendapat tahu anak2 mereka melakukan perbuatan buli mereka cuba sedaya upaya menutup tindakan anak2 mereka..

Dekat sini la kita boleh nampak tindakan keji seorang ayah untuk menyelamat anak masing2 biarpun tahu anak mereka melakukan kesalahan yang boleh meragut nyawa seseorang.

Dengan menggunakan pengaruh dan kedudukan masing2 mereka berjaya mempengaruhi orang tertentu untuk melindungi anak masing2 untuk menutupi kes ini bila pelajar mangsa buli itu meninggal dunia. Dan surat yang diberikan pada guru sandaran itu dikira suicide note.. dan perlu dilaporkan pada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Personal Rating: 7/10

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top