Ibu Mertuaku

Seorang gadis bernama Sabariah mencintai seorang pemuzik bernama Kassim Selamat. Apabila ibu Sabarian, Nyonya Mansoor mendapat tahu perkara tersebut, dia begitu marah kerana Sabariah telah ditunangkan dengan Doktor Ismadi dan tambahan pula Kassim Selamat ialah seorang pemuzik yang tidak sama taraf kedudukan dengan keluarga Nyonya Mansoor. Bagaimanapun Sabariah terlalu mencintai Kassim Selamat dan tetap menikah dengan Kassim Selamat lalu dihalau keluar dari rumah Nyonya Mansoor.

Kassim Selamat dan Sabariah berpindah dari Singapura ke Pulau Pinang untuk memulakan hidup baru. Apabila Sabariah mengandung, Nyonya Mansoor datang ke Pulau Pinang untuk membawa Sabariah pulang ke Singapura kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya yang hidup serba kekurangan kerana Kassim Selamat kini bekerja sebagai buruh kasar. Setelah Sabariah melahirkan anak, Nyonya Mansoor menghantar telegram palsu kepada Kassim Selamat menyatakan yang Sabariah telah meninggal dunia.

Kerana terlalu sedih, Kassim Selamat menangis siang dan malam sehingga matanya tidak dapat lagi melihat dan akhirnya menjadi buta tetapi diselamatkan oleh seorang perempuan. Seorang lelaki bernama Mamak Maidin membantu Kassim Selamat kembali menjadi pemuzik dan mereka mengadakan pentujukan di merata tempat. Sementara itu, Nyonya Mansoor juga memberitahu Sabariah bahawa Kassim Selamat tidak pernah membalas surat surat yang dikirimkan oleh Sabariah. Nyonya Mansoor akhirnya mencadangkan untuk Sabariah memohon fasakh kerana konon nya Kassim Selamat tidak pernah mengambil tahu keadaan Sabariah dan anak mereka. Kemudian Sabariah bersetuju dinikahkan dengan Doktor Ismadi seperti yang sudah lama dihajati Nyonya Mansoor. Semasa Kassim Selamat mengadakan pertunjukan di Singapura, Sabariah bertemu semula dengan Kassim Selamat dan meminta pertolongan suaminya Doktor Ismadi untuk memulihkan penglihatan Kassim Selamat.

Ketika mula mula dapat melihat, Kassim Selamat menyangkakan isteri Doktor Ismadi hanyalah pelanduk dua serupa kerana rupa mereka saling tak tumpah. Namun setelah Kassim Selamat memaksa Nyona Mansoor memberitahu perkara sebenar, Kassim Selamat sangat kecewa dan bertindak membuta kan matanya sendiri kerana tidak mahu terhutang budi dengan Doktor Ismadi.

Sabariah yang tersedar dengan apa yang terjadi sangat menyesali dan memohon maaf kepada Kassim Selamat. Namun sudah terlambat kerana Kassim Selamat sudah pun buta dan meminta Chombi untuk membawanya pulang ke Pulau Pinang.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top