IMAM (2023)

Sebuah filem yang diangkat dari naskah yang hebat, karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Sebelum menonton filem ni, makcik terlebih dahulu dah khatam novelnya beberapa kali, novel koleksi peribadi makcik yang dibeli semasa belajar dulu. Dan, makcik cukup skeptikal sebenarnya, adakah garapan didalam filem itu, sehebat novelnya? Kerana isu yang dibawa bukan perkara yang enteng. Peribadinya, Imam membawa satu cetusan sensitiviti masyarakat melayu islam, sehingga novel ini pernah dikatakan radikal.

Dan, tontonan selama 1 jam 37 minit, ternyata melegakan hati makcik. Air tangan pengarah tersohor Meor Hashim Manap telah hampir berjaya membawa adaptasi ini dengan baik sekali.

Haji Mihad kembali ke kampung halaman setelah berhijrah bertahun lamanya ke Sarawak, dan dilantik menjadi imam di Masjid Haji Salleh. Seorang bekas tentera yang pernah berkhidmat semasa konfrantasi Malaysia – Indonesia. Tetapi, kehadirannya tidak disukai oleh beberapa orang kampung berpengaruh, antaranya Haji Syamsuri, sepupunya yang juga merupakan pemegang amanah wakaf Masjid Haji Salleh ini.

Benda ni biasa saja, bila hati dah tak suka ..memang ada saja yang tak kena, salah sengaja dikorek dicari dengan niat untuk menjatuhkan satu pihak yang lain. Begitulah yang berlaku. Berebut nak jadi Imam, Haji Mihad yang dilantik oleh Majlis Agama Islam daerah mula menerima aduan dari pihak Haji Syamsuri kononnya dia seorang reformis dan idea radikalnya merosakkan institusi masjid di kampung itu.

Hanya kerana idea Haji Mihad menarik golongan muda datang ke masjid dengan menyediakan pelbagai aktiviti “mesra masjid” dia telah dikecam sebegitu rupa. Bertambah panas Haji Syamsuri apabila Haji Mihad membetulkan wudhu’ anaknya dan isterinya Rubiah pula adalah bekas tunangnya Haji Mihad. Status keislaman isteri Haji Mihad pula dipertikaikan kerana dia berasal dari suku dayak iban.

Itulah cabaran dan rintangan yang dilalui oleh seorang lelaki yang memimpin dengan gelaran Imam, harus sabar tabah dalam membentuk masyarakat…sehinggalah sampai satu titik nyawanya menjadi taruhan.

Lakonan hebat, semuanya pelakon legend – M. Nasir sebagai Haji Mihad, Faizal Hussein sebagai Haji Syamsuri serta Rahim Razali, Vanida Imran, Rahim Jailani dan Jalaludin Hassan. Suka part bila mereka berdua berhujah didalam bahasa arab, manakala manusia yang berada disekitarnya melongo tak faham…cubaan provokasi yang gagal. Makcik tersenyum semasa babak ni, seolah nak beritahu dialah yang “terpaling arab”!

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top