Infinite (2021)

Infinite (2021)

Filem ini adalah mengenai seorang lelaki bernama Evan McCauley.

Semasa dia masih kanak-kanak, Evan telah disalah-sangkakan oleh para doktor yang merawatnya sebagai menghidap penyakit mental kerana dia sering mengalami halusinasi.
Ini kerana dia sering mengimbau wajah orang yang tidak pernah ditemuinya dan tempat yang tidak pernah dikunjunginya dalam igauan dan mimpinya.

Evan kemudian mendapat tahu bahawa dia adalah salah satu daripada kumpulan orang yang hidup semula berkali-kali selepas mati yang dinamakan Infinites. Kesemua yang dialaminya semasa dia mimpi ialah ingatannya mengenai kehidupan masa lampau yang pernah dijalani semasa beratus-ratus hayatnya.

Evan diberitahu oleh salah satu ahli Infinites yang menjumpainya, Nora Brightman yang dia pernah hidup sebagai Heinrich Treadway, seorang Infinite yang memulakan hayat awalnya sebagai ahli pedang Jepun yang terhandal.

Namun, rakan Heinrich, Bathurst telah bosan dengan kitaran mati hidup semula dan mahu menamatkan proses tersebut dengan muktamad.
Kerana selagi wujud kehidupan di dunia ini, roh seorang Infinite akan dilahirkan semula, Bathurst memaksa para saintis yang diculiknya untuk membina bom yang boleh melenyapkan semua kehidupan di dunia ini.

Tetapi Heinrich telah mencuri bom tersebut sebelum ia sempat diaktifkan dan menyembunyinya di suatu tempat yang hanya dia tahu.
Namun, kerana dia dibunuh oleh Bathurst sebelum sempat memberitahu Nora, dia telah lahir semula sebagai Evan yang tidak mempunyai sebarang ingatan mengenai kedudukan bom itu.

#munyawayang

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top