Inhuman Kiss (2019)

Inhuman Kiss (2019)

Filem ini berdasarkan cerita rakyat Asia Tenggara mengenai hantu penanggal seperti yang dikenali di Semenanjung Malaysia. Kalau di Sabah, ia dipanggil balan-balan oleh masyarakat Bajau sementara kaum Kadazan pula mengenalinya sebagai dundizokubou.

Di Thailand, hantu penanggal perempuan dikenali sebagai krasue sementara kalau ia lelaki, dipanggil krahang.

Apapun, biasanya ia merupakan penunggu hutan yang dapat memisahkan kepala daripada tubuhnya agar ia lebih senang memburu mangsanya.
Kisah ini berlaku di suatu perkampungan di Thailand semasa perang dunia kedua.

Sai, seorang gadis muda bertugas di klinik desa merawat mereka yang cedera dalam peperangan.

Beliau dibantu oleh rakan baiknya, Jerd yang menaruh hati kepadanya sejak kecil. Namun, Sai tidak mengambil berat mengenai perasaan Jerd kerana terlalu sibuk dengan tugasnya.

Suatu malam, sedang Sai dalam perjalanan pulang ke rumahnya, dia terserempak dengan Noi, satu lagi rakan lamanya dari kecil bersama sekumpulan pemburu dari kampung berhampiran.
Mereka sedang giat menjejak seorang krasue berdasarkan serangan-serangan aneh terhadap ternakan peliharaan mereka.

Bermula dari itu, perhubungan Sai dan Noi mula menjadi mesra lebih-lebih lagi apabila Noi seringkali menemani Sai pulang ke rumahnya tiap-tiap malam. Keadaan ini membuat Jerd yang telah menyertai kumpulan pemburu tersebut amat cemburu.

Walaupun mereka membuat rondaan setiap malam, ternakan peliharaan penduduk kampung masih mengalami serangan.

Bukan itu saja, Sai sering bangun pagi dengan kesan darah di atas katilnya.
Apakah sebenarnya yang sedang berlaku kepada Sai?

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top