Interstellar (2014)

Interstellar (2014)

Terima kasih admin Salahuddinyusuf Ibnayubbi sebab invite saya dalam group ni dan minta saya share review. Hari ni, aku pilih filem Christopher Nolan’s Interstellar sebab ada member request untuk aku review.

Aku straight to the point sebab filem ni dah lama keluar jadi mmg akan ada spoilers. ‼️
Tahun 2067, Bumi semakin kering dan kekurangan air. Sebab tu banyak tanaman mati dan dunia hidup dalam zaman ribut pasir.

Manusia pernah hantar pasukan angkasawan yang lain untuk cari planet baru dan pasukan tu terjumpa 3 planet yang di namakan sebagai Edmund, Miller dan Mann, sempena nama angkasawan² yg jumpa planet² tu. tak dinyatakan bila dan tahun apa manusia jumpa laluan cacing yg membolehkan manusia travel ke galaksi lain.

Plan asal, adalah belajar tentang teori penggerakkan graviti untuk mendorong penempatan di galaksi lain, atau bawa 5000 embrio manusia ke planet yang diorg rasa sesuai untuk manusia membiak. Cuma masalahnya planet² ni semua dekat black hole yg di kenali sebagai Gargantua.

Bila dah lama dah xde respond dari angkasawan² tu, bapa kepada watak utama wanita yg bernama Amelia Brand rekrut bekas perkerja NASA, yang bernama Joseph Copper untuk pilot kapal angkasa dan ketua misi diorg ni adalah Amelia Brand sebb dia (kononnya) dia arif tentang misi ni.

Part ni aku kena straight forward sebb ini yang aku faham bila tonton semula filem ni: Bapak Amelia tau yg anak dia dan pasukan dia x boleh balik ke bumi sebb minyak kapal angkasa diorg x cukup untuk pergi dan balik. Dia tipu anak dia dan selitkan misi supaya anak dia ada tujuan nak ke sana.

Dia nak anak dia hidup kat sana. Pandai² la anak dia nak pilih jantan mana yg dia nakkan jadi suami dia kat planet lain. 🤣😂 Sebb tu dia rekrut 3 lelaki. Pilihan kat tangan Amelia. Janji mengawan dan membiak. 😂🤣


Teori Black Hole ni pula, pada aku umpama kita tengok pengerakkan masa yg kita tgk kat jam.

Jam sekarang tunjuk pukul 3pm. Cooper termasuk ke dalam Black Hole dan terperangkap dalam aliran 24 jam. Oleh sebb nak dia nak cari jalan keluar, dia pergi ke jam 3 pm semalam. Bila anak dia dapat formula quantum yg dia ajar, Cooper terkeluar dari kotak masa dan pergi ke hari esok.
Contoh:
Cooper: 24 jam >> 48 jam / 72 jam.

Bila Copper tau yg dia dah xde harapan nak balik ke Bumi, dia ambik risiko nak masuk ke laluan graviti Black Hole. Bila masuk, dia masuk ke dalam laluan masa yang membolehkan dia pergi ke masa lampau. Untuk keluar dari kotak masa, Cooper ajar anak perempuan dia tentang teori quantum dan bila anak Cooper dapat formula, Cooper akhirnya bebas dan pergi ke masa hadapan.

Tu yg bila dia sedar, Bumi dah lain, anak perempuan dia jadi ahli fizik paling terkenal kat Bumi. Cooper x tua sebb dia datang dari kotak masa. Anak dia tua sebb peredaran masa yang normal yg berlaku. Itu yg aku faham la.

Ending tu, pada aku, manusia pada masa tu dah tau rahsia wormhole dan Cooper tau yg Amelia masih hidup kat masa sebenar.
So far, filem Nolan ni memang berbelit². Aku kena tgk 2 kali baru faham. Jadi bila kali ke-2 tonton, dah tau jalan cerita dan enjoy the whole film.
Untuk filem ni, aku rate 8/10.

Kredit: Antonio Saem McLean

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top