Jangan Pandang Belakang

Layang-wayang-Jangan-Pandang-Belakang

Kisah misteri yang cukup menyeramkan ini mengisahkan seorang pemuda bernama Darma yang cuba mencari kepastian tentang sebab kematian tunangnya Rose. Rose telah didapati mati tanpa diketahui punca sebenar. Darma bersama adik kembar Rose bernama Seri yang cukup mengenali keperibadian Rose cuba mencari jawapannya. Rose yang mereka kenali ialah seorang yang periang dan ceria.

Mereka telah pergi ke rumah Rose untuk memulakan siasatan dan di sana Darma telah menemui sebiji botol. Darma mengambilnya dan membawa pulang botol tersebut. Darma dan Seri mengesyaki sesuatu perkara yang pelik dan aneh berlaku di sebalik kematian Rose. Ramalan mereka dikukuhkan dengan beberapa perkara yang berlaku dan ditemui termasuk imej pada kamera digital Rose yang mereka temui.

Selepas itu, hidup Darma tidak lagi tenteram. Setiap hari dia diganggu oleh ’sesuatu’ dengan gangguan yang amat dahsyat. Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku ke atas Darma. Hidup Darma berubah kepada seorang yang tidak terurus dan menjejaskan prestasi kerjanya.

Mendengar nasihat Daim iaitu bos di tempat kerjanya, Darma mengambil cuti selama seminggu untuk menenangkan jiwanya. Peluang itu digunakan oleh Darma untuk berubat di kampung. Di sana, Darma meminta pertolongan ibu saudaranya iaitu Mak Lang. Mak Lang tinggal di kampung bersama anaknya, Lin dan ibunya yang juga Opah kepada Darma yang sudah nyanyok.

Di kampung, Darma semakin hampir menemui punca kematian Rose tetapi dia dikejutkan dengan satu perkara yang susah untuk diterima oleh akalnya mahupun Seri. Apakah perkara tersebut dan mampukah Darma keluar dari belenggu yang menganggu hidupnya setiap hari?

Sekian.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}

Share


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

 

 

Scroll to Top