JAWAN (2023)

Filem ini menceritakan kisah Azad ( Shah Rukh Khan) seorang warden penjara bekerjasama dengan 6 orang banduan wanita menjadikan semua penumpang di dalam keretapi Metro di Mumbai sebagai tebusan dan meminta Menteri Pertanian membayar sebanyak 400 billion untuk selamatkan penumpang tersebut. Azad dapat wang yang dia minta tapi bukan dari Menteri Petanian, dari orang lain dan wang yang dia dapat tu , Azad dan ahli kumpulan nya pindahkan ke akaun petani di India. Begitulah permulaan Filem Jawan ni.

Pendapat peribadi saya, filem ni sedih, saya menangis masa babak rakyat menderita . Bagaimana seorang manusia sanggup memalukan seorang ayah di depan anak perempuannya sendiri 😭😭 Ayah merupakan cinta pertama anak perempuan , sampai hatinya malukan si ayah sebegitu rupa 😭 betapa deritanya rakyat di sebabkan pemimpin yang korup!! Pemimpin bersenang lenang , rakyat berhempas pulas kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Duit yang sepatutnya di salurkan untuk membeli alat kegunaan orang awam di salah guna. Masalah yang di lakukan oleh pihak kerajaan tapi disalahkan oleh orang bawahan, hukuman hanya untuk orang bawahan sahaja .

Patutlah filem ni ” box office” , jalan cerita padu walaupun filem ni berdurasi hampir 3 jam tapi tidak membosankan. Babak aksi dan CGI kemas, sinematografi cantik, lagu pun sedap dalam filem ni. Plot nya disusun cantik dan kita akan faham kenapa Azad memilih jalan hidup yang begitu, melawan pemimpin yang korup . Shah Rukh Khan seorang lagenda, walupun sudah berusia, lakonannya masih mantap.

Rating peribadi 9.8/10 . Filem ni ada 3 bahasa pilih nak dengar bahasa mana yang anda suka. Saya pilih bahasa Hindi, jika ada masa terluang saya nak ulang tengok dalam Bahasa yang lain pula.

#Jawan
#MeowReview

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top