Jeepers Creepers (2001)

Jeepers-Creepers-2001


Darry Jenner dan kakaknya, Trish sedang dalam perjalanan pulang untuk bercuti setelah tamat sesi penggal pengajian kolej mereka.
Di satu kawasan jalanraya lengang luar bandar negeri Florida, kereta mereka diekori oleh sebuah trak lama untuk seketika sebelum dipotong.

Beberapa waktu kemudian, mereka terserempak lagi dengan trak tersebut yang diletak berhampiran sebuah gereja terbiar.
Mereka melihat pemandunya sedang memasukkan beberapa mayat manusia yang dibungkus plastik ke dalam paip besar di dalam tanah.
.

Apabila pemandu tersebut perasan mereka sedang memerhati perbuatannya, dia masuk ke dalam traknya dan mula mengejar kereta mereka.
.

Pemandu trak itu melanggar kereta mereka berkali-kali agar terbabas tetapi mereka berjaya memasuki satu simpang dan bersembunyi.
Apabila trak tersebut memandu pergi, Darry mendesak kakaknya kembali semula ke gereja tersebut untuk melihat samada ada yang terselamat.
.

Setibanya mereka di situ, Darry terdengar suara manusia meminta tolong bergema dari dalam paip itu dan cuba melihat ke dalam tetapi keadaan di bawah terlalu gelap.
.

Dengan bantuan kakaknya yang memegang kakinya untuk mengelak dia dari terjatuh ke dalam paip, dia cuba melihat lebih jelas ke dalam.
.

Namun terkejut dengan kemunculan beberapa ekor tikus, Trish hilang pegangannya dan Darry terjatuh ke dalam paip.
Di bawah, Darry menemui seorang lelaki dalam keadaan nazak dengan bahagian perutnya dijahit.
.

Lebih mengejutkan apabila dia meninjau keadaan sekelilingnya, dia melihat banyak mayat manusia terlekat pada dinding serta siling tempat itu.

😱😱😱
Layan gaiss!!!

Kredit Collin Munya

#munyawayang
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top