Jimmy Savile: A British Horror Story (2022)

Jimmy Savile: A British Horror Story (2022)

KISAH BENAR tentang “Jimmy Savile: A British Horror Story (2022)”, si PEMANGSA SEK$UAL yang paling menjijikkan pernah berlaku sekitar tahun 1960an-1990an di British yang telah melakukan penderaan sek$ual ke atas 400 lebih kanak-kanak perempuan termasuk seorang kanak-kanak lelaki di antara umur 5-14 tahun.

Setelah penyiasatan dilanjutkan, lebih mengejutkan mangsa-mangsanya juga terdiri daripada kalangan wanita dewasa sehingga yang berumur 75 tahun!!

Melalui dokumentari ini, para penonton dapat menyingkap sejarah dan latar belakang Jimmy Savile bermula dari tidak dikenali sehinggalah dikenali diseluruh dunia malah menjadi idola dan obsesi para peminatnya.

Di dokumentari ini juga, kita akan didedahkan secara meluas tentang kehidupan “glamour” nya, bagaimana hubungan dia dengan masyarakat sekeliling dan yang paling “gah” apabila dia memiliki hubungan dua hala yang cukup rapat bersama kerabat raja ketika itu sehingga mendapat gelaran “Kesatria” kerana sumbangan dan jasanya dan akhirnya kisah bagaimana dia berhasil mengaburi dan menipu seluruh dunia hampir selama 50 tahun!!

Yang paling menyedihkan hanya selepas kematiannya ketika umurnya 85 tahun pada 2011, satu persatu saksi mula muncul dan membuat pendedahan terhadap perlakuan seksual yang dilakukannya selama hidupnya. Ke mana perginya selama ini mereka? Mengapa perlu tunggu sehingga Jimmy mati baharulah mereka muncul?

Salah satu saksi yang dalam lingkungan umur 50 tahun tampil dalam dokumentari ini mendedahkan cara dan bagaimana Jimmy melakukan perbuatan terkutuk dan keji itu semasa kecilnya..sis turut sakit hati dan berasa begitu jijik bila mendengar pengakuan salah satu mangsanya itu!

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top