Sempena menyambut kemerdekaan negara kita yang ke – 64 , apa kata kita layan filem perang tempatan ini arahan Bade Haji Azmi .
Filem ini mengangkat kisah hidup seorang wira negara kita , Kanang Anak Langkau . Beliau seorang anak jati Sarawak dan berbangsa Iban dan cukup sinonim dengan gelaran The Iban Warrior di atas perjuangannya sewaktu menentang komunis suatu ketika dahulu .
Melalui filem ini , diceritakan kehidupan awalnya sebelum menjadi tentera yang mana sejak awal lagi sudah mengalir darah pahlawannya dan keberanian yang terserlah dalam diri beliau serta kepakarannya dalam memahami tentang hutan belantara .
Sehinggalah di saat saat genting dan penuh waspada di hutan bersama tentera tentera lain dalam usaha menentang pihak komunis yang sangat berbahaya ketika itu .
Filem ini sememangnya penuh dengan aksi aksi yang mendebarkan serta memperlihatkan babak di mana ketika itu , Kanang mengalami cedara parah yang sangat memeritkan pada bahagian perutnya.
Babak itu juga sangat menyentuh emosi ramai kerana di saatยฒ kritikal beliau masih bersemangat untuk bangkit bertarung dengan melaungkan Agi Idup Agi Ngelaban .
Watak Kanang dalam filem ini dilakonkan sendiri oleh anak kandung mendiang Kanang yang juga merupakan seorang tentera . Watak Kanang dibawa dengan penuh ikhlas dan ternyata sangat berkesan dalam filem ini.
kredit: carol_lw
Be the first to leave a review.