KARTINI (2017)

Kartini: Princess of Java (2017)

Poligami itu perkara biasa

120 tahun dahulu ditanah jawa, wanita dianggap insan yang lemah dari pelbagai aspek.

Untuk memudahkan dari berlaku pekara buruk & menjaga maruah mereka, anak gadis yang mencecah usia baligh(12tahun) akan dikurung didalam rumah sehinggalah mereka dilamar oleh mana2 keluarga lelaki.

Apa yang menyedihkan kebanyakan lamaran adalah dari lelaki yang memiliki isteri lebih dari seorang asalkan memiliki darjat & kekayaan,ini menunjukan poligami pada ketika itu, adalah satu perkara biasa. Tetapi jika dilamar oleh lelaki teruna pula,itu adalah nasib yang paling baik untuk gadis tersebut.

Faktor tersebut banyak berlaku didalam keluarga golongan bangsawan(Kerabat diraja),kerana mereka sangat mementingkan darjat keturunan.
Sehingga lahirnya seorang wanita bernama “KARTINI” yang cuba mengubahkan adat & pemikiran bangsanya sendiri.

Mengisahkan Kartini yang bijak dalam pelajaran sejak dari kecil, mula dikurung oleh keluarganya didalam rumah hampir 7tahun sehingga abangnya menghadiahkan berpuluh buah buku yang berjaya membuka mindanya tentang kehidupan didunia luar.

Apa yang menarik didalam tempoh kurungan tersebut, nama Kartini mula dikenali & dihormati oleh masyarakat jawa serta bangsawan Belanda.
Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Kartini?

Mampukah dia melanggar kehendak keluarga yang tidak kisah perkahwinan poligami yang menjadi kebiasaan pada ketika itu?
Mampukah dia kekal menjadi wanita yang penuh ilmu & dihormati masyarakat?

Film ini sangat menarik bila ianya berjaya ketengahkan konflik kehidupan seorang gadis bangsawan yang mungkin kita anggap hidup mereka adalah senang, tetapi realitinya penuh dengan keperitan, disebabkan darjat yang ada pada diri mereka.

Lebih2 lagi konflik yang ditunjukkan antara darjat ibu kandung Kartini & ibu tirinya.
Cukup sayu & menyedihkan.

Ianya juga berjaya membuka mata kita bagaimana ILMU itu mampu merevolusikan sesuatu perkara yang mustahil terutama
“Biar mati anak,jangan mati adat” yang kuat dipegang berkurun lama.

Pada sesiapa yang nak memahami kehidupan perkawinan ibu,nenek & moyang kita berpuluh tahun dahulu. Ini adalah pilihan tepat korang!
Sangat bermakna untuk ditonton.

Netflix ada.. ✌️

Personal Rate : 8.5/10
IMDb : 7.7/10
P/s : Bila tau dia meninggal usia muda, bertambah sedih pulak aku haha!

Kalau lah dia ada masa perang dunia pertama, mungkin Kartini nie antara perjuang hebat pada era tu.. Al Fatihah..

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top