Kingdom 2: Far and Away (2022)

Kingdom 2: Far and Away (2022)

Best gila filem Kingdom 2: Far and Away (2022) ini. Babak-babak bertempur dan peperangan sepanjang filem ini memang epik dan berterusan!

Korang yang belum tonton dan peminat filem sekuel Kingdom (2019) adaptasi Manga dari Jepun, WAJIB layan!!

Berdasarkan siri buku komik popular, KINGDOM 2: FAR AND AWAY ialah susulan epik kepada filem terbesar dalam sejarah Jepun! Filem ini dibintangi oleh Kento Yamazaki , Ryo Yoshizawa dan Kanna Hashimoto, Nana Seino dan ramai lagi!

Anak yatim perang Shin berkawan dan membantu Raja Eisei yang masih muda merebut kembali takhta daripada abang Eisei yang menipu. Shin kemudiannya diminta untuk mengambil tugas yang hampir mustahil iaitu menghadapi bala tentera Wei yang besar dan cukup berbahaya, yang telah mengepung sempadan negara mereka. Shin membentuk skuad tempur yang kecil tetapi elit, namun adakah ia cukup untuk membantu mereka menumpaskan seluruh tentera Wei??

Ansuran ketiga untuk epik sejarah Kingdom aksi langsung kini telah ditayangkan di Jepun pada 28 Julai 2023 lalu, harap tak tunggu lama tuk masuk ke Malaysia lak! Berdasarkan Yasuhisa Hara set manga hit pengarah Shinsuke Sato kembali untuk meneruskan cerita yang memfokuskan pada arka “Battle of Bayou” dan “Escape from Zhao”.

Dua filem pertama Kingdom adalah hit blockbuster di Jepun dengan jumlah kutipan box office yang terakhir dilaporkan melebihi 10 bilion yen.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top