KISAH TANAH JAWA MERAPI (2019)
Dari production house yang sama “Pengabdi Setan (2017)”, filem seram terlaris yang pernah ada..Rapi Filem turut menyajikan sebuah siri pendek 6 episod yang mengerikan berdasarkan legenda yang menyelubungi Gunung Merapi yang mempunyai “Penunggu”.
Siri seram ini mengisahkan Andi (lakonan Deva Mahenra) dan Babon (lakonan Joshua Suherman) dalam misi untuk mencari kawan mereka yang hilang, Rio, ketika membuat pendakian di Gunung Merapi.
Dengan berbekalkan petunjuk-petunjuk yang masih misteri dan kekurangan pengalaman dan pelbagai kejadian seram yang mereka hadapi, akhirnya mereka berjumpa dengan Citra, Nadia dan Dika yang sama-sama berniat untuk mendaki Merapi. Namun ada “sesuatu” yang mengerikan telah menanti mereka!!
Ini adalah susunan episod untuk siri ini:-
Episod 1 Apakah Rio masih hidup?
Episod 2 Rio masih di Merapi, tersesat dan sendirian
Episod 3 Siapa yang bisa kita percayai?
Episod 4 Apakah mereka harus bertahan atau pergi?
Episod 5 Tujuan kita berbeda
Episod 6 Pasar Bubrah
Boleh tahan seram juga siri ini, episod 1 dah buat terkejut dan elemen “Jumpscares” nya memang menjadi. Apa tak nya awalยฒ episod dah muncul macam-macam rupa hantu jembalang seperti pengantin ala-ala pakaian Jawa, wanita menyanyi lagu Jawa yang mengerikan, budak kecil yang menyeramkan dan lembaga hitam yang tinggi!
Anda tidak akan rasa bosan melayan siri ini kerana setiap episod cuma 30-45 minit sahaja. Setakat 6 episod dalam 4-5 jam dah boleh habis dah!
Storyline pun tidak meleret, ada banyak adegan yang boleh bagi kesan klimaks dekat penonton sehingga tak rasa nak skip sebab nak tahu next apa jadi, next apa ada… Bak kata orang Indonesia, โWaduhhh kok bikin penasaran yaa!! Jika nak dapat feel lebih..cubalah layan siri ini waktu malam atau dalam bilik yang malap lampunya …
Trivia
Series ini diadaptasi dari novel Kisah Tanah Jawa yang ditulis oleh Bonaventura Genta, novelnya sangat laris dan menjadi best seller di seluruh Indonesia.
Be the first to leave a review.