KISS HIM, NOT ME! (2020)

KISS HIM, NOT ME! (2020)

Siri Jepun 12 episod ini mengisahkan mengenai seorang gadis pelajar sekolah menengah bernama Kae Serinuma.

Kae yang berbadan gempal tidak diendahkan oleh rakan-rakan lelaki sekelasnya kecuali Yusuke Igarashi, ahli kelab bola sepak sekolah Kae yang menganggapnya sebagai kawan biasa sahaja.


Kae juga merupakan seorang fujoshi iaitu seorang otaku (peminat tegar manga dan anime) perempuan yang amat meminati YAOI (nak tahu apa maksudnya? Googlekan 🤣🤣🤣)

Pada suatu hari, sedang Kae menonton episod terbaru anime kesukaannya, watak kegemarannya dimatikan.
Ini menyebabkan Kae menangis tak sudah dan dilanda kesedihan yang amat sangat.

Kae dilanda kemurungan sehinggakan dia tidak dapat makan selama seminggu. Dia enggan keluar dari biliknya walaupun untuk menghadiri sekolah.

Seminggu kemudian, apabila perasaan sedihnya reda, dia melangkah keluar dari biliknya dan terkejut apabila mendapati berat badannya telah susut dengan amat ketara.

Apabila Kae kembali ke sekolah, imej barunya yang cantik itu mula mendapat perhatian tiga orang rakan lelaki kelasnya iaitu Asuma Mutsumi, Hayato Shinomiya dan Nozomu Nanashima. Bukan itu saja,Yusuke juga menunjukkan minat romantik terhadap Kae.

Kae yang sudah biasa tidak mendapat perhatian kaum lelaki pula terpaksa bekerja keras menepis usaha keempat-empat lelaki ini untuk memikatnya dan sebaliknya, cuba mengatur keadaan supaya mereka jatuh hati di kalangan mereka sendiri!

kredit: munyawayang
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top