KL Special Force (2018)

KL Special Force (2018)

7 Sebab kenapa kau wajib tonton KL Special Force di pawagam (9/ 10 bintang) :

  1. Lakonan Datuk Rosyam Nor sangat mantap. Trust me! Wataknya sarat dengan emosi. Ada ketika kau rasa geram dengan beliau, ada ketika kau rasa simpati, ada masanya kau rasa tak guna betul dia ni hinggalah ada satu babak beliau akan membuatkan air mata kau mengalir tanpa sedar.

Aku paling suka dialog beliau yang ini, “dunia ni tak akan rosak sebab orang jahat. Ia akan hancur bila orang yang baik tak berbuat apa-apa untuk melawan kejahatan.”

Itu yang ada dialog. Masa babak beliau tak bercakap pun kau dapat ‘rasa’ masalah apa yang sedang bersarang dalam jantung hatinya. Power ya ampun!

10/10 bintang untuk Datuk Rosyam Nor!

  1. Fattah Amin? Hey, kalau kau dah letak mindset FA ni berlakon apa watak pun lakonannya kaku, keras dan kayu, maka elok sangat kau tonton filem ni.

Der, aksi dalam filem ni boleh kata semua dia buat sendiri tau. Loncat dan terjun bangunan, lawan atas bas yang bergerak, dilanggar oleh kereta, bertumbuk dan ditumbuk, eh, macam-macamlah. Aku yakin masa sesi penggambaran pasti badannya lebam-lebam dek menjayakan watak anggota Unit Tindakan Khas (UTK) ini.


Ok, itu sahaja review yang aku nak bagi. Tapi karya yang terbaik pasti tak lari dari kelemahan kan. Adalah satu dua babak yang aku tak setuju dan tak patut ada dalam filem.


Sebagai contoh, adegan polis berpangkat biasa yang memegang pistol berhadapan perompak bank yang memiliki senjata lagi power dari mereka. Macam biasa, polis ini akan berkata, “jangan bergerak, letakkan senjata.” Tak sempat habis cakap, kena tembak dah semua. Maklumlah, gambar tak ada dalam poster. Huhu


Itu sahaja. Aku harap kau orang support filem ini. Siapa kaki wayang yang tak pergi tonton, aku anggap kau peminat Datuk Seri Aliff Syukri Badang.
Ada sesiapa dah layan gaiss??? Apa pendapat korang tentang filem ni???

Kredit Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Group FB Layan Wayang:
https://bit.ly/37V3ZHr

.
Ps: Filem ni filem psycho, dunia kepolisan yg menyedihkan 😧😧😧

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top