KRAKATOA THE LAST DAYS (2006)

Krakatoa The Last Days (2006)

-BERDASARKAN DARI KISAH SEBENAR-
-Kemusnahan Gunung Berapi Krakatoa-

Filem berkonsepkan doku-drama BBC berdurasi 1 jam 30 minit ini diadaptasi dari peristiwa sebenar yang berlaku pada tahun 1883 di mana letusan gunung berapi yang paling ganas telah mengelilingi seluruh pulau di Krakatoa Indo-nesia dan telah menenggelami sebuah kapal kargo yang melalui kawasan gunung berapi tersebut. Sebuah anak gunung Krakatoa juga terlahir akibat dari letusan yang berlaku pada 138 tahun yang lalu itu.

Letusan gunung berapi Krakatoa ini juga merupakan salah satu bencana alam yang paling besar pernah berlaku di dunia. Dimana berlaku Tsunami yang besar setinggi 40 meter di Selat Sunda Indo-nesia, hujan batu berapi dan abu serta lava wap yang mengalir telah mengorbankan hampir 36,000 nyawa ketika itu. Bagi yang selamat pula, mereka tetap mendapat kesan dari kejadian ngeri itu, badan mereka luka melecur teruk.

Dalam filem ini, kita akan dibawa menelusuri kisah kehidupan Willem Beijerinck dan isterinya Johanna melalui tulisan diari peribadi salah seorang ilmuwan Geologi Rogier Verbeek dari Belanda yang juga merupakan saksi ketika kejadian tersebut berlaku di depan matanya, dan perjuangan antara hidup dan mati warga yang tinggal di sekeliling kawasan Gunung Krakatoa apabila keganasan bencana alam ini menyebabkan mereka hanyut di bawa bersama badai tsunami dan hujan batu serta abu berapi yang cukup dasyat! Digambarkan ketika itu juga seluruh langit dan awan bertukar menjadi gelap dan kehitaman dan ini telah menyebabkan perubahan iklim global dunia selama bertahun-tahun.

DAHSYAT SUNGGUH!

Bukan itu sahaja, hanya dalam masa 48 jam, seluruh bandar dan kota yang berdekatan hancur bagai padang jarak padang tekukur.

Melalui catatan diari tersebut juga, diceritakan setelah hampir 20 jam Gunung Krakatau meletup tanpa henti dan memuntahkan lava kemerahan nya yang juga boleh didengar 3000 batu di Australia menjadikan ia suara paling bising dalam sejarah! Tak terbayangkan!

Verbeek juga meramalkan dalam tulisan diarinya yang gunung baru akan terbentuk dengan kelajuan 5 meter setiap tahun yang digelar “Anak Krakatau”. Hingga ke hari ini pun, masih ramai warga dan penduduk tinggal disekeliling gunung tersebut dan dipercayai ia masih terus tumbuh meninggi.. Seram dan ngeri bila dengar semua apa yang dicatat oleh Veebeek.

Walaupun effect CGI dan cinematography nya tidaklah sehebat mana² kisah tentang bencana alam yang kita pernah tonton di era zaman kini, namun ia tetap sebuah karya dan kisah yang paling epik dalam sejarah bencana alam yang pernah berlaku di dunia. Sangat² berbaloi untuk ditonton bersama keluarga!

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top