Pada bulan Disember, 2005, Alice Palmer, seorang gadis berumur 16 tahun mati lemas di sebuah empangan di bandar Ararat yang terletak di daerah barat-daya Victoria, Australia semasa mengikuti perkelahan dengan keluarganya.
Keluarga Alice yang terdiri daripada ibubapanya June dan Russell serta abangnya, Matthew tidak dapat menerima kematian Alice.
Oleh itu, Matthew, seorang jurugambar amatur, memasang beberapa video kamera di beberapa bilik di rumah mereka untuk merakam kehadiran roh Alice. Tidak lama kemudian, alat-alat tersebut merakam beberapa gambar aneh yang menunjukkan bayangan sekilas seorang perempuan yang menyerupai Alice.
Untuk mendapat kepastian, June meminta bantuan seorang psikik, Ray Kemeny untuk menyiasat rakaman tersebut tetapi menemui jalan buntu.
Satu hari, teman lelaki Alice menjumpai rakaman video di telefon bimbitnya yang menunjukkan Alice menanam sesuatu di bawah sebatang pohon di Lake Mungo, New South Wales semasa mereka mengikuti rombongan persekolahan ke sana.
Keluarga Palmer bertolak ke tempat itu dan mengorek keluar benda yang ditanam Alice iaitu telefon bimbitnya.
Mereka melihat sesuatu yang amat menyeramkan setelah memainkan semula rakaman video yang terdapat dalam telefon bimbit Alice.
Kredit Collin Munya
Be the first to leave a review.