Movie berlatar belakang pasca perang WW2, berbahasa Denmark yg sangat baik bagi aku, menyentuh hati nurani kita sebagai manusia dan insan. Sesiapa yg minat filem berlatar belakang perang WW2 khususnya, aku rekomen cari movie ni, cari yg ada subtitle, dan hayatilah. Rating IMDb pun boleh tahan. Jarang2 kita review filem bahasa lain kan? Maaf, utk review ni mayb ada #spoileralert .
Selepas perang WW2, tentera Denmark kembali berkuasa di negara mereka, mereka mengarahkan tahanan2 Nazi yg majoritinya terdiri daripada kanak2 bawah umur utk membersihkan puluhan ribu periuk api di sepanjang pantai yg ditanam pihak Nazi semasa perang. Satu kumpulan kanak2 Nazi ini telah ditugaskan di bawah seorang pegawai tentera Denmark yg tegas utk membersihkan satu kawasan, dan dijanjikan utk dibebaskan selepas selesai tugasan tersebut.
Kekerasan dan ketegasan pegawai trsebut yg juga terpaksa mengikut arahan atasan, membuat anak2 Nazi trsebut berasa tertekan semasa permulaan tugasan akibat tidak dibekalkan makanan, dan dikurung dalam satu pondok, sehingga ada antara mereka terpaksa mencuri makanan ayam sehingga keracunan najis tikus.
Memikirkan itu akan melambatkan tugasan yg diberikan, pegawai Denmark itu berusaha mencuri makanan dari base tenteranya sendiri utk bagi anak2 tu makan. Makin lama, hubungan mereka jadi akrab sehinggalah, anjing belaan pegawai tu mati kena periuk api, dan dia terus berubah tegas balik.
Akhir cerita ni korang kena tengok la macam mana sifat kemanusiaan mendahului arahan penugasan yg tidak menimbangkan nilai kemanusiaan tu sendiri.
Filem ni digarap dgn baik sekali. Scene periuk api meletus yg sangat real sehingga membunuh beberapa anak2 Nazi tu, memang membuat fikir kerakusan dan kerosakan yg dicipta manusia tu, terpaksa ditanggung oleh semua pihak, dulu, sekarang dan akan datang.
Sangat menginsafkan. Untuk sesiapa yg bencikan perang, ini movie utk anda. Sekian.
TQ kat Salahuddinyusuf Ibnayubbi sebab invite aku dlm group ni.
review
Be the first to leave a review.