Last Shift (2014)

Last Shift (2014)

Filem ini mengisahkan mengenai pegawai polis, Jessica Loren, orang baru dalam Jabatan Polis Sanford, Florida yang ditugaskan untuk syif malam mengawal sebuah bangunan stesyen polis sebelum ia ditutup selamanya.

Jessica diberi syif itu untuk memastikan tiada pencerobohan berlaku sehinggalah pasukan hazmat mengeluarkan kesemua bahan bukti jenayah melibatkan bahan kimia yang berbahaya.

Malam itu, Jessica menjadi bosan dan tidur-tidur ayam namun tersedar apabila terlihat seorang gelandangan muncul di ruang laluan stesyen tersebut. Walaupun berdegil, Jessica memaksa lelaki itu keluar dari stesyen itu.

Beberapa minit kemudian, pintu belakang terbuka dan apabila Jessica pergi menyiasat, mendapati gelandangan yang sama di bilik stor sedang merosakkan barang-barang di situ.
Jessica menangkap dan membawanya ke bilik penjara namun apabila mereka masuk ke dalam, lampu bilik tiba-tiba mati dan pintu tertutup sendiri.

Jessica melihat sekilas pandang wajah seorang yang mempunyai muka dengan luka dalam di tingkap pintu penjara sebelum lampu bilik hidup semula dan pintu itu terbuka sendiri.


Apabila Jessica melangkah keluar, dia mendengar bunyi orang menyanyi yang datang dari luar stesyen.

Dia bertemu dengan seorang kupu-kupu malam bernama Marigold yang menceritakan mengenai kumpulan ajaran sesat yang diketuai oleh John Michael Paymon. Kesemua ahli-ahli itu telah ditangkap oleh para pegawai polis stesyen tersebut namun setelah dipenjara, mereka telah membunuh diri kerana mengikut arahan syaitan yang bernama Paimon.

Benarkah stesyen polis itu dihantui oleh roh ahli-ahli kumpulan puja syaitan dan dapatkah Jessica bertahan sehingga pagi?

munyawayang
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top