LE GRAND VOYAGE (2004)

LE GRAND VOYAGE (2004)


Origin : France-Morocco
Director : Ismael Ferroukhi
Cast: Nicolas Cazale, Mohamed Majd

.
SINOPSIS

Reda, seorang mahasiswa yang sedang bergelut dengan peperiksaan akhir terpaksa menghantar bapanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Berbekalkan kereta usang, mereka menempuh perjalanan yang penuh mencabar di samping berdepan dengan masalah hubungan yang dingin antara mereka.

Kehadiran nenek tua misteri dan lelaki Turki yang menumpang perjalanan mereka bakal mengisi tanda tanya penonton.
๐Ÿ˜ฑ Siapakah insan itu?

ULASAN.

  1. Bayangkan diri kau yang suka berfoya-foya dan jauh daripada Islam. Ditambah pula dengan peperiksaan akhir yang kau pernah gagal semester lepas, tiba-tiba ayah kau minta dihantar ke Mekah menggunakan kereta usang. Apa pilihan yang kau ada?
  2. Filem ini memaparkan konflik antara anak dan ayah yang pasti menjentik kegeraman penonton melihat kerenah Reda, lakonan Nicolas Cazale sebagai anak yang degil, berlagak pandai dan mudah terpedaya.
  3. Filem ini betul-betul dirakam ketika musim ibadah Haji. Bak kata pengarahnya, meskipun orang ramai di Mekah pada ketika itu, namun krew penggambaran langsung tidak dihiraukan. Para jemaah sememangnya “dalam dunia lain”!
  4. Sebagai pengarah, Ismail Ferroukhi bijak menunjukkan kepayahan perjalanan dua beranak ini untuk ke Tanah Suci. Bukan semudah yang disangka! Benarlah, Allah S.W.T menguji hamba-Nya setara dengan kemampuan.

Tuhan Yang Maha Adil
Tuhan Yang Maha Mendengar

  1. Walau sesukar manapun dugaan kau untuk ke rumah-Nya, kau mohonlah. Begitu juga dengan watak ayah Reda ni, meski duit hilang, masalah di imegresen, hatta anak yang degil sehingga dia dipaksa berjalan kaki sekali pun, dia tetap hamparkan sejadah di tepi jalan waktu tengah malam, dia sujud. Dia minta, dia mohon. Benar-benar menjentik hati aku. ๐Ÿ˜ญ
  2. Filem ini tidak dihiasi dengan irama dendangan lagu seperti kebanyakan filem lain, cukuplah sekadar azan berkumandang sebanyak 5 kali dengan paparan panorama indah, sudah mampu memukau penonton. Satu perasaan syahdu bakal singgah di hati kau.
  3. Pembinaan watak yang dibentuk persis kehidupan realiti. Sememangnya, iman itu tidak dapat diwarisi. Walaupun kaki sudah di Mekah, dan orang lain sibuk solat berjemaah, Reda masih lagi mengasingkan diri. Sombong! Bongkak dengan Penciptanya. ๐Ÿ˜”

Hinggalah satu perkaraโ€ฆ

Yang membuatkan dia tergamam. Apakah itu? Kau kena tonton!

  1. Nah, indahnya Islam, tergambar kemas dalam naskhah ini sehingga dinobat sebagai Best International Film di Mar del Plata Film Festival, 2005! Hebat
  2. Antara dialog yang masih segar dalam ingatan aku ialah..

Reda : Ayah bukannya tahu membaca dan menulis. Lebih baik ayah diam!
Ayah : Kau memang tahu membaca dan menulis, tapi kau tak tahu apa-apapun mengenai kehidupan

  1. Oh ya, sebelum aku terlupa, pasti kau tertanya-tanya kenapa ayahnya tidak menggunakan kapal terbang untuk menunaikan Haji bukan?
    Nah, jawapannya ada dalam filem ini.

Tontonlah.
Hayatilah.
Kau akan berfikir jauh sambil bermuhasabah betapa kerdilnya diri kau di bumi Tuhan.

kredit: Fikri Fiq

ps: jarang orang buat movie level internationale macam ni kan gaisss???? korang dah layan gaisss???

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top