Loki (2021)

Loki (2021)

Siri 6 episod ini memaparkan apa yang terjadi seterusnya kepada Loki selepas beliau melarikan diri bersama The Tesseract atau Space Stone dalam Avengers : Endgame.


Terjatuh dari lubang cacing, Loki mendapati dirinya terdampar di Gurun Gobi, Mongolia.

Di situ, beberapa pegawai pemantau organisasi Time Variance Authority (TVA) yang diketuai oleh Hunter B-15 melangkah keluar dari pintu masa dan memberkas Loki.
Loki dibawa mengadap hakim Ravonna Lexus Renslayer di mahkamah TVA dan setelah Loki mengaku bersalah atas tuduhan mengubah urutan sejarah, dihukum untuk dilenyap kewujudannya.

Namun, Mobius M. Mobius, seorang detektif menghalang hukuman tersebut daripada dijalankan. Sebaliknya, dia membawa Loki ke satu bilik rahsia di mana dia menunjukkan urutan masa sebenar sekiranya Loki mengikuti abangnya, Thor ke Asgard.

Loki tidak percaya yang dia menyebabkan kematian ibunya, Frigga seperti yang berlaku dalam Thor : The Dark World dan melepaskan diri dari bilik itu.

Dia mendapatkan The Tesseract semula dan kembali ke bilik tadi untuk melihat kesudahan sejarah hidup akan datangnya. Setelah melihat kematiannya di tangan Thanos dalam Avengers : Infinity War, dia hilang keinginan untuk melarikan diri kerana sedar hidupnya sekarang sudah tidak bermakna.

Mobius yang menjumpainya memberi Loki tujuan hidup yang baru iaitu membantu TVA menangkap penjenayah masa yang telah membunuh beberapa pegawainya iaitu Loki sendiri tetapi dari cabang urutan masa yang lain!

kredit: munyawayang
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top