Lore (2017)

Lore (2017)

Filem ini mengisahkan tentang Eric, seorang remaja yang kecewa dengan keputusan kedua-dua ibubapanya, Ann dan Rich untuk bercerai.

Untuk mencari ketenangan diri, Eric memutuskan untuk pergi berkhemah di kawasan pergunungan Hutan Negara Cache di Idaho, barat-laut Pasifik Amerika walaupun ibunya cuba memujuk Eric supaya tidak meneruskan dengan hajatnya.

Beberapa hari kemudian, Ann mula risau apabila Eric masih tidak kembali dari perkhemahannya.

Dia melaporkan kehilangan anaknya kepada Sherif Paul. Beliau bersama orang-orangnya melancarkan pencarian dibantu oleh polis suku kaum Indian asli di kawasan pergunungan tersebut tetapi usaha mereka tidak mendatangkan sebarang hasil.

Kerana tidak mahu membazir masa dan tenaga kerja jabatannya ditambah lagi kawasan pergunungan yang didiami binatang-binatang merbahaya dan liar, Paul mengandaikan bahawa mungkin Eric melarikan diri disebabkan perceraian Ann dengan suaminya.

Ann yang tidak mahu menerima penjelasan Paul kerana bermimpi Eric berada dalam keadaan yang bahaya memberitahu Rich yang menyalahkan beliau di atas kehilangan anak mereka.
Mereka mendapat bantuan khidmat seorang penjejak mahir Indian bernama John yang disyorkan oleh paderi mereka.

John menjumpai jejak-jejak Eric yang menuju masuk ke hutan tanah rizab Indian. Ini membuat John risau kerana mitos kepercayaan Indian mengenai seekor binatang mistik yang menjadi penunggu hutan tersebut.

Walaupun begitu, Ann menganggapnya sebagai perkara karut dan tetap berkeras untuk mencari anaknya tanpa menyedari bahawa binatang tersebut sudah sedar akan kehadiran kumpulan itu dan sedang menjejak mereka.

kredit: munyawayang

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top