Love Actually (2003)

Love Actually (2003)

Filem ini terdiri daripada barisan pelakon United Kingdom handalan yang berlakon bersama untuk menjayakan beberapa cerita komedi yang berkait rapat antara satu sama lain.

Salah satu daripadanya mengisahkan mengenai David yang baru saja memenangi pilihanraya untuk menjadi Perdana Menteri England.

David yang masih bujang sering ditanya mengenai statusnya yang belum menjumpai calon isteri oleh para media England lebih daripada isu-isu ekonomi atau pembangunan.
Seorang wanita bernama Natalie kemudian menyertai kementerian Perdana Menteri sebagai kakitangan baru.

David jatuh hati dengan Natalie dan mula memberinya kerja-kerja ringan agar dia berkesempatan untuk meluangkan masa dengan Natalie.
Bermula dari itu, perhubungan mereka menjadi semakin rapat.

Namun, disebabkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri, David tidak berani meluahkan isi hatinya yang sebenar kepada Natalie.

Suatu hari, Presiden Amerika Syarikat yang terkenal sebagai kaki perempuan melakukan lawatan diplomatik ke England dan cuba memikat Natalie.

David kecewa apabila melihat Natalie memberi tindakbalas yang mesra terhadap Presiden itu dan apabila lawatan beliau berakhir, dia dengan berat hati memohon kepada ketua kakitangan kementeriannya agar memindah Natalie keluar ke kementerian lain.

Bagaimanakah kesudahan percintaan David dan Natalie seterusnya?

munyawayang
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top