Sebuah astroid sedang menuju ke bumi, seluruh dunia bersetuju untuk hancurkan astroid dengan mengunakan pelbagai jenis bom nuklear. Astroid musnah, tapi manusia tidak menjangka ada 1 malapetaka lebih besar yang melenyapkan 95% manusia dari muka bumi. Mati sebab apa??
Kesan radioakti dari nuke itu telah mutasikan pelbagai jenis reptilia ,serangga beberapa haiwan. Semua menjadi besar, ganas dan membunuh manusia. Menjadi MONSTERS.
Selama 7 tahun, manusia duduk updidalam colony bawah tanah, terpisah antara satu dengan yang lain.
Walau jarak tidak terlalu jauh, tapi bahaya untuk keluar sangat tinggi. Serangga boleh membunuh sekelip mata.
Antara penghuni colony ini adalah Joel, yang terpisah dengan aweknya Aimee. Selama 7 tahun dia mencuba channel radio untuk mencari lokasi Aimee, dan akhirnya berjaya menemukannya.. Colony Aimee adalah 85 batu dari lokasi Joel.
Joel adalah seorang pemuda yang lemah, senang terkejut dan tiada kemahiran survival. Tapi seorang pencinta wanita.
Atas dasar cinta, Joel bakal membuat keputusan yang paling berani dalam hidupnya..
Dia nak keluar dari colony dan menuju ke barat sejauh 85 batu yang mengambil masa 7 hari.
Dapatkah Joel berjumpa Aimee? Bagaimana dia survive selama 7 hari di permukaan yang penuh MONSTERS.
Tonton filem LOVE AND MONSTERS, sesuai untuk ditonton bersama family, memang fun, penuh aksi dan lawak..
ajakmoviesreview
Be the first to leave a review.